APBM Batu Gajah
PROGRAM 3R “RANCAK , REWANG , RAMADAN”
- Butiran
- Pentadbir APBM Batu Gajah
- Jumlah paparan: 56

TRONOH, PERAK, 18.03.2022 - satu Program “Rancak, Rewang, Ramdan” telah diadakan di APBM Batu Gajah, Perak. Antara yang menjayakan program ini ialah Staf dan Kakitangan Apbm, Kontraktor Landskap dan Kebersihan.
Program ini bertujuan menyambut Bulan Ramadan yang akan menyusul tidak lama lagi. Selain itu, ia juga akan mengeratkan lagi silaturahim dan memupuk kerjasama yang erat serta semangat bermuafakat warga kerja di APBM.
PROGRAM STEP TO SUCCESS MyPRENEUR@APBMBG SIRI 1/2022
- Butiran
- Pentadbir APBM Batu Gajah
- Jumlah paparan: 91

WEBINER BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG RAHSIA LETUPKAN SALE
- Butiran
- Pentadbir APBM Batu Gajah
- Jumlah paparan: 71

TRONOH, PERAK,30 MAC 2022 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan program secara atas talian atau Webinar berkenaan dengan motivasi perniagaan secara atas talian iaitu WEBINER BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG RAHSIA LETUPKAN SALE yang dianjurkan pada bulan Mac yang lalu bertempat di APBM Batu Gajah, Perak sebagai Home Base kepada webinar tersebut.
Program yang telah mendapat sambutan hangat hampir 130 orang peserta itu telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang tidak asing lagi dalam dunis keusahawanan belia iaitu Dr. Kamril Bin Abdul Karim (Professional and Corporate Strategist).
Dalam program tersebut, para peserta telah diberi suntikan semangat dan motivasi serta idea-idea bagi meneruskan survival perniagaan mereka dalam masa yang sukar buat masa ini.
Semoga dengan sambutan yang hangat daripada para peserta akan dapat membantu para usahawan belia dalam memajukan produk atau perkhidmatan mereka akan datang.
WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG - " BUSINESS ICON - INSPIRED YOUR BUSINESS "
- Butiran
- Pentadbir APBM Batu Gajah
- Jumlah paparan: 58

TRONOH, PERAK,10 MAC 2022 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan proram secara atas talian atau Webinar berkenaan dengan motivasi perniagaan secara atas talian iaitu WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG - " BUSINESS ICON - INSPIRED YOUR BUSINESS " yang dianjurkan pada bulan Mac yang lalu bertempat di APBM Batu Gajah, Perak sebagai Home Base kepada webinar tersebut.
Program yang telah mendapat sambutan hangat hampir 150 orang peserta itu telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang tidak asing lagi dalam dunis keusahawanan belia iaitu Cik Anne Idris, ikon usahawan belia terkenal.
Dalam program tersebut, para peserta telah diberi suntikan semangat dan motivasi serta idea-idea bagi meneruskan survival perniagaan mereka dalam masa yang sukar buat masa ini.
Semoga dengan sambutan yang hangat daripada para peserta akan dapat membantu para usahawan belia dalam memajukan produk atau perkhidmatan mereka akan datang.