APBM Batu Gajah
PROGRAM WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 7 "IDEA LAMA BUSINESS SENDU".
- Butiran
- Pentadbir APBM Batu Gajah
- Jumlah paparan: 51

TRONOH, PERAK, 26 APRIL 2022 - Satu program WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 7 bertajuk “IDEA LAMA BUSINESS SENDU” telah dianjurkan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak. Program ini telah berlangsung melalui platform ZOOM MEETING.
Peserta yang tidak berpeluang mengikuti ZOOM MEETING, menonton di Facebook Live Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Penceramah bagi program ini adalah Dr Kamril Abdul Karim yang merupakan seorang Professional Consultant / Corporate Strategist / Trainer.
Jumlah peserta yang mendaftar untuk program ini adalah seramai 151 orang. Hanya 100 orang telah menyertai program WEBINAR melalui ZOOM MEETING. Manakala 26 orang pula menonton melalui Facebook Live.
Program ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan belia yang berilmu dan pelbagai idea dalam merancang strategi untuk mengembangkan perniagaan. Ini bertepatan dengan slogan atau cogan kata Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) "Mengilmukan Usahawan Belia".
WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 6 "PERSONAL BRANDING IN BUSINESS".
- Butiran
- Pentadbir APBM Batu Gajah
- Jumlah paparan: 63

TRONOH, PERAK, 23 APRIL 2022 - Satu program WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 6 bertajuk PERSONAL BRANDING IN BUSINESS telah dianjurkan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak. Program ini dijalankan melalui platform ZOOM MEETING.
Peserta yang tidak berpeluang mengikuti ZOOM MEETING, telah menonton di Facebook Live Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Penceramah bagi program ini adalah Encik Khairul Anuar Bin Azmi yang merupakan seorang Voiceover Artist, Producer & Content Creator.
Jumlah peserta yang mendaftar untuk program ini adalah seramai 161 orang. Hanya 100 orang telah menyertai program WEBINAR melalui ZOOM MEETING. Manakala 19 orang pula menonton melalui Facebook Live.
Program ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan belia yang berilmu sesuai dengan slogan atau cogan kata Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) "Mengilmukan Usahawan Belia".
PERHIMPUNAN BULANAN AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH PERAK BILANGAN 1/2022
- Butiran
- Pentadbir APBM Batu Gajah
- Jumlah paparan: 113

TRONOH, PERAK, 1 APRIL 2022 - Satu majlis Perhimpunan Bulanan telah diadakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah Perak yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan.
Majlis diserikan dengan ucapan Pengarah APBM Batu Gajah Encik Vijayan Kumar a/l Nadarajan. Turut hadir ke majlis ini adalah Timbalan Pengarah Encik Azlan bin Hussain.
Sempena ketibaan bulan Ramadhan 1443H pihak APBMBG menjemput Ustaz Fakhrul Zaman Bin Abu Mansor untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Penghayatan Bulan Ramadhan kepada semua staf.
PROGRAM LAWATAN KE PREMIS PESERTA DI LANGKAWI, KEDAH
- Butiran
- Pentadbir APBM Batu Gajah
- Jumlah paparan: 80
