VISI

Menyerlahkan potensi belia secara holistik selaras dengan Dasar Belia Malaysia dan Wawasan 2020

MISI

Menyediakan platform kepada golongan belia untuk menyerlahkan potensi dipelbagai peringkat.

OBEJKTIF

  • Membangun dan meningkatkan modal insan generasi belia melalui penerapan nilai-nilai kepimpinan jatidiri, pengukukuhan jaringan sosial, daya saing keusahawanan dan peningkatan hidup yang berkualiti.
  • Mentransformasi pembangunan belia dan mendidik belia melalui platform perbincangan dan program berstruktur dalam dan luar negara melalui perwujudan jaringan dan integrasi pelbagai agensi (NBOS) serta pengupayaan pertubuhan belia.
  • Menggalakkan dan menarik minat untuk menjadikan usahawan pilihan sebagai kerjaya utama dan mewujudkan usahawan belia kreatif dan inovatif mengikut industri fokus (quick win) serta memantapkan daya saing diperingkat nasional dan global.
  • Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah melalui kerjasama inter-agensi bagi mempertingkatkan kemahiran kepimpinan belia sekaligus membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan.