faq    hubungi   maklumbalas   peta

Pentadbir JBS Sabah

Tindakan DAerah 370x268

RANAU, 14 Ogos 2019 – ‘Untuk melihat pembangunan Daerah Ranau berjalan lancar, kita perlu menyediakan Pelan Rancangan Pembangunan Daerah untuk lima tahun yang akan datang’, demikian seruan YB En Jonathan Yasin, Ahli Parlimen P179 Ranau kepada semua agensi kerajaan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (MJTD) yang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Ranau. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg En. Mohd Yassin Ibrahim, Pegawai Daerah Ranau ini dihadiri hampir semua agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan di Daerah Ranau.

Terdahulu, sebelum mesyuarat berlangsung, satu taklimat daripada Jabatan Air Daerah Ranau mengenai status keseluruhan penggunaan dan perancangan air di Daerah ini disampaikan sendiri oleh Jurutera Air Daerah kepada semua ahli mesyuarat. Ini merupakan satu kebiasaan dimana setiap MJTD, satu slot taklimat akan diberikan kepada setiap agensi yang ingin memberikan taklimat mengenai kedudukan semasa dan perancangan agensi tersebut terhadap Daerah Ranau.

Turut hadir pada mesyuarat ini adalah YB Datuk Abidin Madingkir, ADUN N31 Paginatan yang banyak memberi sumbangan idea terhadap pembangunan daerah memandangkan beliau mempunyai banyak pengalaman semasa menjawat jawatan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan jawatan-jawatan lain dalam perkhidmatan kerajaan.

Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Pantai Barat
bola tampar wanita 370x268 2

KOTA KINABALU, 14 Ogos 2019 – Pertandingan Bola Tampar Peringkat Kelayakan Sukan Sabah (SAGA) yang berlangsung pada 14-18 Ogos 2019 bertempat di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu menyaksikan pasukan dari Daerah Ranau kategori wanita mengungguli carta teratas saingan dan seterusnya dinobatkan sebagai johan peringkat kelayakan.

Ini membolehkan pasukan bola tampar wanita Daerah Ranau akan menjadi wakil Bahagian Pantai Barat Selatan ke Kejohanan SAGA pada 7-13 Disember ini yang bertempat di Keningau. Pengurus pasukan iaitu Encik Clement Azimin semasa ditemui memaklumkan pemilihan atlet yang ketat dan latihan intensif yang berterusan memberi impak kepada atlet-atlet pasukan bola tampar wanita Ranau ini berjaya menamatkan saingan diperingkat kelayakan tanpa kalah.

Walau bagaimana pun, pasukan tidak boleh meraih kejayaan terlalu awal memandangkan saingan terbesar adalah pada SAGA yang berlangsung nanti dan pasukan perlu kekal fokus dan latihan secara berterusan.

Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Pantai Barat
Rabu, 14 Ogos 2019 11:13

BERSAMA GALAS TANGGUNGJAWAB

PBT 1 PBT 2

TAWAU, 14 Ogos 2019 – Warga Wisma Persekutuan Tawau diseru agar bersama-sama menggalas tanggungjawab dalam setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Wisma Persekutuan Tawau. Setiap pelaksanaan program seperti Rumah Terbuka, Gotong Royong dan sebagainya memerlukan kerjasama daripada semua jabatan kerajaan dan agensi yang ada di bangunan tersebut.

Ini kerana bangunan ini merupakan rumah kedua bagi warga kerja Wisma Persekutuan Tawau. Kapten (CD) Hussain Bin Mohd Noor berkata demikian dalam ucapan beliau sempena perhimpunan pagi Warga Bangunan Gunasama Persekutuan Tawau bertempat di Perkarangan Wisma Persekutuan pada jam 9.30 pagi tadi. Kapten (CD) Hussain Bin Mohd Noor merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Wisma Persekutuan Tawau merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tawau menyeru warga Wisma Persekutuan Tawau. Pada hari itu seramai 22 jabatan dan agensi kerajaan terlibat dalam perhimpunan pagi tersebut.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction