faq    hubungi   maklumbalas   peta

Pentadbir JBS Sabah

TAWAU, 3 September 2019 – Dr Fadzel Wong Chee Ping, Pensyarah dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berkunjung ke Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau pada hari ini.

Ketibaan beliau telah disambut baik oleh Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau berserta kakitangan dan para pelajar praktikal. Kunjungan beliau ke pejabat ini adalah untuk melakukan lawatan latihan industri terhadap seorang pelajar iaitu Rosalia Binti Parsi dari program Sains Sukan di FPP.

Lawatan latihan industri tersebut adalah bagi melihat perkembangan semasa dan penilaian daripada pihak organisasi terhadap pelajar ketika pelajar tersebut menjalani latihan di organisasi. Selain itu dapat membentuk hubungan kerjasama yang baik di antara penyedia latihan dan pihak Universiti bagi program-program di masa akan datang.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
bola tampar 370x268 2 bola tampar 370x268 1

RANAU, 2 September 2019 – Sebagai inisiatif Pasukan Bola Tampar Sukan Sabah (SAGA) Lelaki Daerah Ranau untuk mengasah kemahiran mereka, satu Kejohanan Tertutup Bola Tampar 3 on 3 telah diadakan bertempat di Gelanggang Bola Tampar Kampung Paka Ranau yang berjaya menghimpukan 24 pasukan sekitar Daerah Ranau pada 1 September 2019 yang lalu.

Kejohanan anjuran Kelab Belia Kampung Paka dan Pasukan Bola Tampar SAGA ini merupakan tempat bagi atlit-atlit bola tampar SAGA Ranau untuk membuat persediaan awal bagi menempuh Kejohanan SAGA di Keningau pada 7-13 Disember 2019.

Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Ranau, Encik Erzan Abdullah mengucapkan syabas kepada penganjur kerana berjaya mengadakan kejohanan tertutup seperti ini dan pasukan-pasukan bagi lain-lain sukan juga diharap dapat menganjurkan program sukan mereka bagi medan latihan mereka sebelum ke SAGA 2019.

Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Pantai Barat
Isnin, 02 September 2019 10:28

LARIAN SEMARAK MERDEKA RANAU MERIAH

larian 370x268 larian 370x268 2

RANAU, 2 September 2019 – Satu Program Larian Semarak Merdeka telah diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 yang bertempat di Padang Pekan Ranau. Program anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan (P) Daerah Ranau dan Syarikat Ultron menghimpunkan hampir 300 penyertaan dari sekitar Daerah Ranau pada 31 Ogos 2019 yang lalu.

Program ini bertujuan untuk menyemai semangat cintakan negara disamping membudayakan sukan di kalangan masyarakat khususnya Daerah Ranau. Antara aktiviti yang diadakan sempena larian sejauh 5 kilometer ini adalah pertandingan beyblade, pertandingan hotwheels, aerofit dance dan banyak lagi.

Program seumpama ini diharap dapat dianjurkan dengan lebih kerap memandangkan program larian adalah antara program tumpuan orang ramai tanpa mengira lapisan umur dan dapat mengeratkan silaturahim dari pelbagai bangsa.

Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Pantai Barat
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction