Bahagian Pembangunan Rakan Muda
1. Pembangunan aktiviti Gaya Hidup dan NGO
2. Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
3. Pengsektoran Urbanisasi dan Program Khas Rakan Muda
4. Sahsiah
5. Pengsektoran Berinstitusi
6. Pembangunan Infra Rakan Muda
7. Dokumentasi & kajian
8. Promosi dan publisiti
9. Pengsektoran Komuniti
10. Sukarelawan Rakan Muda
11. Pembangunan Kepimpinan Muda
ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)
Program yang diadaptasi dari The Duke of Edinburgh’s International Award adalah program pembangunan karakter belia tanpa mengira latar belakang termasuk golongan belia NEET (Not in Education, Employment and Training).
Antara program yang dilaksanakan adalah Kursus Pemimpin ARPRM, Kursus TOT ARPRM, Pemberian Bantuan Kepada Badan Operasi dan Majlis Pentauliahan.
MYCORPS MALAYSIA 3.0
Alumni MyCorps akan melaksanakan tinjau tapak (recce) di negeri-negeri terpilih untuk melihat potensi projek yang sesuai untuk melaksanakan projek khidmat masyarakat mengikut keperluan komuniti setempat dalam mencapai matlamat digariskan dalam Sustainable Development Goals (SDGs).
RAKAN MUDA DAY OUT
Program dilaksanakan selama 1 hari secara tidak formal dan santai yang melibatkan aktiviti gotong-royong;
membaik pulih fasiliti awam; pemuliharaan alam semula jadi; atau membantu golongan yang memerlukan.
HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA (HKBM)
Sambutan pada 5 Disember setiap tahun secara tidak formal dan santai bagi memeriahkan sambutan Hari Sukarelawan Sedunia.
RAKAN MUDA AKTIF
Program berasaskan minat dan aktiviti belia bagi mengoptimumkan bakat dan potensi mereka. Program ini melibatkan gaya hidup Rakan Muda seperti Rakan Cinta Alam, Rakan Masyarakat, Rakan Kecergasan, Rakan Inovasi, Rakan Wira Mahir, Rakan Wira Usaha dan Rakan Seni Budaya.
Hak Cipta Terpelihara © 2020 Jabatan Belia dan Sukan Negara | Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat dan Portal, BPM/KBS