Kandungan Statik JBS

Kandungan Statik JBS (16)

Isnin, 30 November 2015 11:51

Visi , Misi dan Objektif

Written by

VISI

Membentuk masyarakat yang aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi untuk semua serta Pembangunan Atlet Sukan berprestij tinggi Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Mewujudkan dan membentuk Belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran Bangsa, Agama dan Negara selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

MISI

Membina generasi Belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi Nasional dan identiti Bangsa selaras dengan Wawasan 2020.

OBJEKTIF

Untuk melahirkan masyarakat Belia yang berdisiplin, berakhlak mulia, sihat, cergas, serta mewujudkan Belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab dan bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran Bangsa, Agama dan Negara mempunyai semangat keusahawanan serta kemahiran teknikal selaras dengan Wawasan 2020 .

Isnin, 30 November 2015 10:56

Visi, Misi dan Objektif

Written by

VISI

Melahirkan masyarakat belia yang berpengetahuan, berkemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup yang sihat dan berkualiti serta menampilkan semangat patriotism dan kesukarelawan yang tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama dalam pembangunan sosial dalam ekonomi Negara serta melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas.

MISI

Membina generasi belia yang berilmu, berketrampilan dalam bidang kepimpinan, kemahiran dan pengurusan organisasi dalam memupuk nilai-nilai murni gaya hidup yang berkualiti serta melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas bagi memperkukuh kecermalangan bangsa Malaysia di era globalisasi selaras dengan Wawasan 2020.

OBJEKTIF

Objektif Jabatan Belia Dan Sukan amnya ialah membina satu masyarakat belia yang bersatu-padu, berdisplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang ekonomi dan sosial yang sihat dan cergas kearah perpaduan Negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Jabatan Belia dan Sukan Negara | Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat dan Portal, BPM/KBS