faq    hubungi   maklumbalas   peta

BOS RE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam 1Belia, Salam Negaraku Malaysia.

Portal Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah ini dibangunkan adalah sebagai perantara ataupun medium untuk menyalurkan maklumat dan informasi serta perkembangan terkini mengenai Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda. Ianya bukan sekadar sebagai pelaksana Program semata-mata tetapi juga berusaha memangkin aspirasi golongan muda dengan pengisian program dan aktiviti bagi membentuk nilai tambah dalam diri mereka.

Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi memberi dimensi baru dalam penyaluran maklumat dengan lebih pantas, meluas dan mudah kepada masyarakat. Melalui laman sesawang ini juga, jaringan komunikasi antara Jabatan dan orang awam akan lebih bersifat interaktif dan efektif.

Saya amat berharap agar setiap lapisan masyarakat dapat memanfaatkan segala maklumat yang ada untuk digunakan dengan sewajarnya. Pihak Jabatan akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang unggul serta efisien kepada masyarakat dan seterusnya mengharumkan nama Jabatan demi kepentingan agama, bangsa dan Negara.

Kepada semua pengunjung portal, diharap laman sesawang ini mampu memberi pelbagai maklumat yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang melayarinya. Pihak Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah bersedia dan sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan yang membina untuk pembangunan belia dan sukan di negeri Sabah khasnya dan Malaysia amnya.

Salam Hormat.

R.EFFENDI BIN RAZALI
Pengarah
Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction