Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN).

Laman web JBSN ini dibangunkan sebagai medium yang memberikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai Pembangunan Belia dan Sukan. Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi memberi dimensi baru bagi JBSN menyalurkan maklumat dengan lebih pantas, meluas dan mudah kepada masyarakat. Melalui laman web ini juga, jaringan komunikasi antara Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan Belia dan Sukan diperingkat Negeri dan orang awam akan lebih bersifat interaktif dan efektif.

Kewujudan laman web JBSN memberi penekanan dan keutamaan kepada kerajaan terhadap kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Oleh yang demikian, menerusi laman JBSN ini, saya amat berharap agar setiap lapisan masyarakat dapat memanfaatkan segala maklumat yang ada untuk digunakan dengan sewajarnya. Pihak JBSN akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang unggul serta efisyen kepada masyarakat dan seterusnya mengharumkan nama JBSN demi kepentingan agama, bangsa dan Negara.

Selamat melayari laman web Jabatan Belia dan Sukan Negara Terima kasih.



Datuk Hatipah Binti ibrahim
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction