VISI

Belia yang wujud pada tahun 2010 adalah belia yang berpengetahuan, berkemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni, harmoni, proaktif, berdisiplin, jatidiri dan patriotisme bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama dalam pembangunan sosial serta ekonomi negara dan melalui sukan ianya memupuk perpaduan bangsa ke arah mewujudkan masyarakat sihat, cergas dan aktif.
MISI

Membina generasi belia yang berketrampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran, pengurusan organisasi dengan pemupukkan nilai-nilai murni melalui Gaya hidup Berkualiti dan peningkatan penyertaan masyarakat dalam Sukan Massa, Sukan Lasak, Sukan Tradisional ke arah mewujudkan perpaduan nasional serta imej Sihat, Cergas dan Bersatu selaras dengan wawasan 2020.

OBJEKTIF

OBJEKTIF UMUM
“Melahirkan masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin dan bergerak maju serta pembinaan satu masyarakat yang sihat dan cergas kearah perpaduan negara”

OBJEKTIF KHUSUS
Di dalam merealisasikan matlamat tersebut, Jabatan ini telah mengenalpasti 6 objektif khusus jabatan ini bagi melicinkan perjalanan operasinya seperti berikut:
  • Melahirkan belia yang bermoral, berdisiplin, berdaya saing kearah kemajuan Negara.
  • Menyediakan barisan pemimpin pelapis muda sebagai pemangkin lepada perubahan masa hadapan yang gemilang.
  • Menggalakkan penyertaan belia dalam bidang perniagaan sebagai persiapan ke arah mewujudkan lebih ramai usahawan belia.
  •  
  • Memberi latihan kemahiran vokasional dan bimbingan serta dorongan kepada belia untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan
  •  
  • Membentuk dan membina masyarakat yang cergas, aktif, berdisiplin dan sentiasa menghayati dan mengamalkan konsep ‘Cergas Sepanjang Hayat’.
  •  
  • Memberi pendedahan kepada pelbagai aktiviti rekreasi, kesedaran pendidikan konserversi dan kehidupan alam semulajadi.



Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction