faq    hubungi   maklumbalas   peta

PROGRAM JATI DIRI KLD TUNAS SAMUDERA (SKIM BELIA) 2019 VOYAGE 392/19

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menganjurkan Program Jati Diri Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera (Skim Belia) Siri 2/2019 Voyage 392/19 pada 17 hingga 26 Julai 2019. Program ini dianjurkan dengan kerjasama pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada kemahiran ilmu pelayaran di samping menerapkan elemen kepimpinan.

Sehubungan dengan itu, permohonan penyertaan belia yang berminat untuk mengikuti Program Jati Diri KLD Tunas Samudera ini boleh dibuat berdasarkan syarat-syarat yang berikut:

  1. Peserta mestilah berumur antara 18-30 TAHUN dan WARGANEGARA MALAYSIA.
  2. Peserta yang dipilih perlu menjalani pemeriksaan perubatan bagi memastikan peserta adalah SIHAT TUBUH BADAN dan TIDAK MEMPUNYAI SEJARAH KECEDERAAN LAMA YANG SERIUS yang boleh mengganggu perjalanan program.
  3. Peserta mestilah mempunyai ukur lilit pinggang minimum 28 inci.
  4. Peserta mestilah mengosongkan tarikh-tarikh program ini sebelum membuat permohonan.
  5. Memuat naik BORANG PENGESAHAN PERTUBUHAN DAN MAJIKAN yang telah disahkan. (Borang boleh didapati di laman web Kementerian Belia Dan Sukan)
  6. Mendapat pengesahan pertubuhan/persatuan/kelab yang diwakili.
  7. Mendapat sokongan/pengesahan majikan (bagi yang bekerja) – permohonan akan ditolak sekiranya tidak mempunyai butiran berkenaan.  

Permohonan penyertaan boleh diisi dengan menggunakan pautan google form di bawah.

https://forms.gle/dL3vNVXDrpQpr6sU8

Klik untuk muat turun Borang Pengesahan KLD Tunas Samudera.

Tarikh permohonan penyertaan ialah pada 10 hingga 21 Jun 2019.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Encik Mohamad Akmal bin Md Ruslan

Email    :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tel        :           03-8871 3463

Fax       :           03-8888 8761

Encik Mohd Uzaimi bin Mokhtar

Email    :           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tel        :           03-8871 3271

Fax       :           03-8888 8761

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction