faq    hubungi   maklumbalas   peta

PROGRAM FITMALAYSIA 2019 – SABAH

FitMalaysia merupakan satu “Gerakan Nasional Sukan Untuk Semua” (Sports for All Movement) diseluruh negara yang akan membawa Malaysia kepada Negara Sukan (Sporting Nation) serta dilaksanakan dengan semangat ‘Olympic Ideal‘.

Pelaksanaan FitMalaysia akan menjadi “Branding” di kalangan masyarakat sebagai identiti Kementerian Belia dan Sukan secara khusus dan Kerajaan amnya merangkumi elemen (i) Rasional seperti Professional, Innovative dan Vibrant  serta (ii) Emosional seperti Caring, Reliable, dan Passionate yang dapat diterjemahkan kepada masyarakat.

FitMalaysia juga menjadi “Slogan” sebagai kempen dan promosi bagi menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dalam semua aktiviti sukan termasuk Sukan Rekreasi, Sukan Kecergasan, Sukan E-Sports, Sukan- OKU dan seumpamanya.

FitMalaysia adalah berteraskan matlamat merakyatkan sukan untuk semua dari peringkat akar umbi bagi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup.

Gerakan FitMalaysia juga mampu membudayakan sukan untuk kesejahteraan dan kesepaduan rakyat tanpa mengira ras, agama dan bentuk geografi.

 
Berikut adalah maklumat berkenaan Program FitMalaysia di Sabah:
 

Tarikh             : 3 & 4 Ogos 2019 
Masa            : 06:00AM 
Lokasi          : Padang Bandaran Tawau, Sabah 

Permohonan penyertaan boleh diisi dengan menggunakan pautan di bawah.

http://jomrun.com/event/fit-malaysia-sabah-tawau-2019

Tarikh pendaftaran penyertaan adalah sehingga 31 Julai 2019 (11.59PM)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi dalam talian: 019-5370404 / 013-7703004

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction