TELOK KEMANG, 13 JANUARI 2017 (JUMAAT)

Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson merupakan pusat latihan belia dalam bidang kepimpinan yang telah diasaskan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada tahun 1993 bertempat di Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan, APBM Port Dickson. Ianya merupakan satu-satunya pusat latihan untuk para belia negara dalam pelbagai aspek kepimpinan yang khusus untuk lapisan kepimpinan dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi.

Pada pagi ini, sejurus selepas aktiviti bacaan yasin, Tuan Khairul Shahril bin Shahbudin, Pengarah APBM Port Dickson telah mempengerusikan satu mesyuarat khas untuk memaklumkan tentang arahan terkini dari pihak pengurusan tertinggi KBS. Ianya berkaitan dengan penutupan APBM Port Dickson dalam masa yang terdekat dan tindakan yang perlu diambil selaras dengan arahan tersebut. Beliau turut memaklumkan, satu jawatankuasa akan dibentuk bagi menguruskan tindakan-tindakan berkaitan arahan penutupan dan perpindahan peralatan dan kelengkapan APBM Port Dickson. Menurut Tuan Pengarah, arahan ini disampaikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN)  yang menerimanya daripada Menteri Belia dan Sukan.

Disediakan oleh : Unit Berita Portal APBM Port Dickson
Disunting oleh : Mohd Uzaimi bin Mokhtar



TELOK KEMANG, 13 JANUARI 2017 (JUMAAT)

Hari Jumaat yang penuh barkah, telah diraikan oleh kakitangan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson dengan Majlis Bacaan Yasin beramai-ramai pada pagi ini bertempat di ruang mesyuarat APBM Port Dickson. Hampir kesemua kakitangan APBM Port Dickson telah hadir bagi maraikan majlis yang penuh barkah ini yang mana bacaaan yasin ini telah diketuai oleh Ustaz Ab Razak bin Zainudin, Pembantu Hal Ehwal Islam. Tuan Khairul Sharil bin Shahbudin turut serta meraikan kakitangan dengan menyertai majlis ini sehingga selesai.

Disediakan oleh : Unit Berita Portal, APBM Port Dickson
Disunting oleh : Mohd Uzaimi bin Mokhtar

TELOK KEMANG, 11 JANUARI 2016 (RABU)
Satu rombongan dari Jabatan Akauntan Negara Cawangan Negeri Sembilan telah hadir ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson untuk tujuan naziran pengurusan kewangan. Seramai 3 orang wakil Jabatan Akauntan Negara telah hadir untuk menyemak segala perbelanjaan yang telah dilakukan oleh APBM Port Dickson. Kehadiran mereka telah disambut oleh Puan Siti Hasmah binti Jakfar, Penolong Pegawai Tadbir APBM Port Dickson dan naziran ini telah berjalan selama beberapa jam.

Tuan Khairul Shahril bin Shahbudin, Pengarah APBM Port Dickson bersama Puan Lim Qwee Buay, Penolong Pengarah dan beberapa kakitangan pentadbiran kemudiannya telah duduk bersama dengan wakil Jabatan Akauntan Negara untuk mendengar rumusan hasil dari pemeriksaan yang telah dilaksanakan. Beberapa teguran telah disampaikan dan telah difahami oleh pihak APBM Port Dickson dan mereka berharap kesilapan ini dapat diperbetulkan dan tidak diulangi di masa hadapan. Naziran ini telah selesai sebelum jam 4 petang.

Disediakan oleh : Unit Berita Portal APBM Port Dickson.
Disunting oleh : Mohd Uzaimi bin Mokhtar, Pegawai Portal APBM Port Dickson.

TELOK KEMANG ,6 JANUARI 2017 (JUMAAT)

Prestasi pengurusan kewangan sepanjang tahun 2016 telah menjadi agenda utama dalam Mesyuarat Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) yang telah berjalan pada hari ini bertempat di Ruang Mesyuarat, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson. Mesyuarat yang dimulakan pada jam 11 pagi ini telah dipengerusikan oleh Tuan Kharitul Shahril bin Shahbudin, Pengarah APBM Port Dickon.

 

Mesyuarat telah membentangkan laporan dan rumusan prestasi keseluruhan pengurusan kewangan APBM Port Dickson sepanjang tahun 2016 dan isu-isu berkaitan dengannya. Beberapa kelemahan telah dikenalpasti dalam pengurusan kewangan tersebut dan beberapa keputusan telah dicapai bagi memastikan panambahbaikkan dapat dilakukan agar prestasi untuk tahun ini dapat mencapai tahap pengurusan yang lebih baik.

 

Disediakan oleh : Unit IT dan Portal APBM Port Dickson.

Disunting oleh : Mohd Uzaimi bin Mokhtar


Hak Cipta Terpelihara © 2020 Jabatan Belia dan Sukan Negara | Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat dan Portal, BPM/KBS