faq    hubungi   maklumbalas   peta

Pentadbir JBS Terengganu

Selasa, 21 Januari 2020 10:06

RIADAH FUTSAL MEDAN MENGERATKAN SILATURAHIM

KUALA TERENGGANU, 21 JANUARI 2020 – Riadah menerusi aktiviti futsal dapat mengeratkan silaturahim sesama insan selain memastikan tahap kecergasan berada pada keadaan terbaik. Justeru itu, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah mengadakan satu perlawanan futsal persahabatan menentang pasukan pilihan Kakitangan Istana. Selain memberi galakan kepada pegawai dan kakitangan jabatan ini untuk bersukan ianya turut memberi peluang mereka untuk mempamerkan skil masing-masing dalam perlawanan itu.

Program ini diadakan itu bertujuan memberi peluang ahli kedua-dua kelab bersuai kenal di samping berinteraksi lebih erat dalam suasana santai yang secara langsung dapat mengeratkan ukhwah sesama mereka. Seramai 15 orang pegawai dan kakitangan terdiri daripada Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan Kakitangan Istana terlibat dalam perlawanan persahabatan ini. Aktiviti sebegini merupakan salah satu medium untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim, di samping menyihatkan tubuh badan.

Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Sukan JBSNT

KUALA NERUS, 21 JANUARI 2020 – Satu sesi ramah mesra telah diadakan antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada hari Khamis lepas bertempat di Stadium Universiti Malaysia Terengganu. Program bertemu belia secara santai itu diadakan bagi mendekati golongan belia yang berada di pusat pengajian tinggi untuk mengetahui dan mendengar pandangan serta pendapat mereka dalam membangunkan pelan pembangunan belia sukan pada masa akan dating agar ianya menepati citarasa anak muda masa kini.

Program ini telah berlangsung dengan sesi bertukar pendapat antara pegawai Jabata Belia dan Sukan Negeri Terengganu bersama ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu dan seterusnya diadakan perlawanan persahabatan bolasepak antara kedua pasukan. Salah seorang ahli MPP UMT berkata, “Program sebegini lebih disenangi oleh belia kerana tidak melibatkan protokol dan lebih mesra. Para pelajar boleh menyuarakan pendapat dan idea mereka dalam pelan pembangunan belia sukan di negeri ini”.

Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Sukan JBSNT
Selasa, 21 Januari 2020 09:36

HALA TUJU PBSD HULU TERENGGANU 2020

HULU TERENGGANU, 21 JANUARI 2020 – Semalam, telah berlangsungnya mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu Bil 1/2020 yang dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Yusof bin Mat Nor. Turut hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah pegawai dan kakitangan yang bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu. Di antara intipati mesyuarat tersebut ialah pembentangan laporan-laporan program setiap unit belia, sukan dan rakan muda serta laporan pengurusan pentadbiran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu. Pengerusi mengingatkan agar semua kakitangan dapat melaksanakan tugas dengan amanah, dedikasi dan bekerjasama sebagai sebuah pasukan.  

Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction