faq    hubungi   maklumbalas   peta

MARANG, 14 JANUARI 2020 – Lembaga Muzium Negeri Terengganu sekali lagi akan menganjurkan Kejohanan Permainan Tradisional Peringkat Terengganu 2020. Justeru itu, pada 12 Januari 2020 jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Telapak Muzium Terengganu telah diadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kejohanan yang telah dipengerusikan oleh Pengarah Muzium Negeri Terengganu. Turut hadir dalam Mesyuarat tersebut ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Mohd Shamsir bin Mohd.

Tujuan utama dilaksanakan Kajohanan ini adalah untuk menghidupkan kembali Sukan Tradisional yang mulai di lupakan oleh generasi muda dan yang paling utama adalah memberikan pendedahan kepada generasi muda tentang peninggalan warisan nenek moyang kita. Sasaran utama kejohanan adalah kepada golongan muda dan belia. Antara acara yang dipertandingkan ialah Congkok, Dam Aji Individu, Selambut, Sepak Raga Ratus, Sumpit Berkumpulan, Sumpit Individu, Rebut Tapak dan Rampai Tradisi.
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction