faq    hubungi   maklumbalas   peta

MARANG, 19 OGOS 2019 – Satu Majlis Penyerahan Bantuan kepada Daerah-daerah yang akan menyertai Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 telah diadakan pada 17/8/2019 jam 9.00 pagi bertempat di Majlis Sukan Negeri Terengganu Gong Badak Kuala Terengganu (MSNT). Majlis penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu YB. Ustaz Hishamuddin bin Abd Karim.

Temasya dwi tahunan ini akan berlangsung pada 5 hingga 9 September 2019 yang akan dilangsungkan disekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus melibatkan 13 acara antaranya Bola Sepak, Lawn Bowls, Bowling, Tenis, Basikal (MTB), Badminton dan lain-lain. Daerah Marang telah diwakili oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Mohd Shamsir bin Mohd bagi menerima bantuan tersebut. Tujuan temasya Sukan Terengganu (SUTERA) dilangsungkan adalah sebagai usaha mengalakkan golongan belia khususnya dalam membangunkan aktiviti bersukan dalam kehidupan harian.

Disediakan oleh: PBSD Marang
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction