faq    hubungi   maklumbalas   peta

  • banner krmklang
  • banner dbm
  • banner tube usahawan

Pentadbir JBS Selangor

TPRM SERTAI KURSUS MASTERCLASS ON SERVICE COLLABORATION ANJURAN INTAN
PUTRAJAYA, 23 OGOS 2019 -
Kluster Pengajian Dasar Awam dan Governans, Insititu Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan Kursus Masterclass On Civil Service Collaboration Siri 2/2019 bermula 19 hingga 23 Ogos 2019 bertempat di INTAN Kampus Putrajaya di sini. Kursus ini dirangka bagi memberikan pengetahuan asas dalam bidang berkaitan kolaborasi untuk diaplikasikan di tempat kerja masing-masing.

“Kursus ini memberi fokus kepada isu-isu berkaitan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan melakukan beberapa kerja lapangan. Selain itu, dapat mengenalpasti perbezaan konsep antara kerjasama, penyelarasan dan kolaborasi dalam sector awam di Malaysia. Kursus seperti ini perlu diteruskan kerana ia sangat bermanfaat kepada semua.” ujar Encik Faizul Ganapathy bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Disediakan oleh : Nurul Nadia binti Sallehuddin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Jumaat, 23 Ogos 2019 13:57

GAYA HIDUP SIHAT DALAM KAKITANGAN AWAM

GAYA HIDUP SIHAT DALAM KAKITANGAN AWAM
KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2019
Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat mana pun seseorang individu itu, kesihatan masih lagi perlu menjadi agenda utama di dalam kehidupannya. Secara umumnya, usia 40 tahun adalah tempoh kebiasaan pelbagai penyakit dapat dikesan. Namun, jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil bak kata pepatah, ‘mencegah adalah lebih baik daripada merawat’.

Jesteru itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) telah menganjurkan Kursus Gaya Hidup Sihat kepada pegawai dan kakitangan agensi tersebut selama 2 hari dari 21 hingga 22 Ogos 2019. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan dengan menjalani gaya hidup sihat. Seramai 42 orang telah menyertai kursus ini yang telah diadakan di Dewan Seminar PERKIM, MAIWP. Antara Penceramah @ Moderator jemputan bagi program ini ialah Cik Nor Kasmawati binti Wan Mohd Nawi terdiri dari Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Petaling.

Disediakan oleh : Ridzuan bin Haji Ali, PBSD Ali
KELEBIHAN BAGI ORANG ORANG YANG BERSEDEKAH
PUCHONG, 23 OGOS 2019
– Sedekah adalah suatu amalan yang sangat mulia di sisi Islam. Setiap sedekah yang kita hulurkan, pasti akan diberikan ganjaran yang tidak terhingga, malah dosa kita juga turut terhapus disebabkan sedekah itu. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud; "Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api”. (Hadis Riwayat Imam Tirmizi)

Itu adalah petikan dari tazkirah yang bertajuk “Kelebihan Bagi Orang-Orang Yang Bersedekah” telah disampaikan oleh Encik Mohamad Firdaus bin Md Saleh, semasa Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat PBSD Petaling tadi.

Majlis bacaan Yassin dan doa selamat telah diadakan di ruang pejabat telah berlangsung pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.  Bacaan Yassin dan Doa Selamat ini diadakan setiap hari jumaat.  
Majlis diadakan secara santai dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan. Diakhir majlis diserikan dengan program potluck dimana setiap pegawai dan kakitangan membawa juadah - juadah yang lazat secara perseorangan.
 
Disediakan oleh : Ridzuan bin Haji Ali, PBSD Petaling
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction