faq    hubungi   maklumbalas   peta

  • Pelan Strategik KBS
  • Dasar Belia

MIRI, 17 OKTOBER 2019 - Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menerima jemputan dari Pejabat Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional Bahagian Miri untuk memberi ceramah bertajuk Sukan Dan Rekreasi Untuk Kanak-Kanak Pra Sekolah, petang semalam.

Seramai 70 orang guru dan penolong guru Tabika Perpaduan dari seluruh Bahagian Miri telah menyertai sesi ceramah tersebut. Ceramah telah disampaikan oleh Cik Norafizahwati Binti Banting dari PBSB Miri bertempat di Kelas Tabika Perpaduan Holiday Park. Turut hadir ialah En. Roley Anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan En. Hasri Bin Ali Penolong Pegawai Perpaduan dari Pejabat Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional Bahagian Miri.

Sesi ceramah tersebut merupakan salah satu slot Bengkel Pemantapan Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan Bahagian Miri yang bertujuan untuk memantapkan lagi para guru dari segi penyampaian ilmu secara teori dan praktikal seperti nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Diharap sesi perkongsian mengenai sukan dan rekreasi tersebut dapat memberi input dan idea kepada para guru untuk mewujudkan aktiviti sukan dan rekreasi kanak-kanak ke arah generasi muda yang cergas dan sihat.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction