faq    hubungi   maklumbalas   peta

  • Pelan Strategik KBS
  • Dasar Belia

KOTA SAMARAHAN, 14 OGOS 2019 – Karnival Kerjaya Peringkat Bahagian Samarahan anjuran Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sarawak yang berlangsung hari ini di Summer Shopping Mall, Kota Samarahan akan menawarkan lebih 80 peluang pekerjaan kepada belia-belia setempat di bahagian Samarahan.

Karnival yang berlangsung selama 1 hari tersebut telah menarik beberapa syarikat tempatan untuk menyertai karnival kerjaya tersebut dan dalam masa yang sama melaksanakan sesi temuduga terbuka kepada pengunjung serta belia-belia yang berada di pusat membeli-belah tersebut. Antaranya syarikat yang terlibat adalah Regal International Group, AEON, Lian Hua Seng, Syarikat Telekomunikasi Maxis dan banyak lagi.

Terdahulu, majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, wakil Residen Bahagian Samarahan, Pegawai Daerah Samarahan, Pegawai Daerah Asajaya, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan, Pegawai Pendaftaran Bahagian Samarahan, Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan serta Ketua-Ketua Kampung.



Disediakan oleh: Fatimah Bte Abd Rahman, PBSB Samarahan

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction