faq    hubungi   maklumbalas   peta

  • Pelan Strategik KBS
  • Dasar Belia
LIMBANG , 9 OGOS 2019 - FitMalaysia@Community adalah satu gerakan nasional Sukan Untuk Semua (Sports For All) di seluruh negara dalam memperluaskan gelombang dan penerapan budaya sukan serta gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti melalui gerakan FitMalaysia.Objektif penganjuran FitMalaysia @Community ini adalah untuk mempromosikan dan mengembangkan aktiviti-aktiviti sukan diperingkat akar umbi melalui gerakan FitMalaysia,memberi peluang kepada semua golongan untuk bersama-sama turun padang dalam melaksanakan aktiviti gerakan FitMalaysia dan meningkatkan kesedaran masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang dengan kerjasama Kelab Kecergasan Dinamik Limbang dan Kelab Sukan Rekreasi Muhibah Limbang telah mengadakan program Happy Aerodance FitMalaysia @Community Siri 2 pada 9 Ogos 2019 bertempat di Dewan Tiong Ho Siew, SJK ( C ) Yuk Hin, Limbang. Seramai 200 orang daripada pelbagai peringkat umur dari agensi-agensi kerajaan dan swasta,NGO’s,pertubuhan sukan dan belia telah menyertai FitMalaysia @Community yang bermula pada jam 7.00 malam selama dua (2) jam. Diharap dengan adanya program sebegini dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction