faq    hubungi   maklumbalas   peta

Pentadbir JBS Sabah

20HB B (1) 20HB B (2)

KOTA KINABALU, 20 Januari 2020 - Kejohanan ‘Le Tour De Langkawi” (LTDL)Tahun 2020 Peringkat Negeri Sabah akan dilangsungkan pada 6 Februari 2020 sepanjang 86.7 km di Kota Kinabalu, Sabah.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kejohanan ‘Le Tour De Langkawi” (LTDL)Tahun 2020 Peringkat Negeri Sabah Bil 1/2020 yang dipengerusikan oleh YB Phoong Jin Zhe, Menteri Belia Dan Sukan Sabah diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah. Kali terakhir LTDL dilaksanakan di Negeri ini pada tahun 1997.

Turut hadir Encik Mohamad Mazlan Bin Haji Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
JBSN Sabah
20HB B (5) 20HB B (7)

LIKAS, 20 Januari 2020 – Seramai 26 orang pegawai dari Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah telah turut hadir ke Majlis Amanat Menteri Belia Dan Sukan Sabah Tahun 2020 hari ini.

YB Phoong Jin Zhe, Menteri Belia Dan Sukan Sabah berkongsi tentang hasrat, aspirasi dan perancangan Kementerian Belia Dan Sukan Sabah untuk tahun 2020.

Beliau berharap agar, semua pihak sentiasa berkerjasama, berganding bahu dalam menjayakan semua aspirasi dan pastikan kejayaan ini dapat dirasai oleh rakyat sabah khususnya belia negeri ini.

Gambar Ehsan : Unit Grafik KBSS

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
JBSN Sabah



14HB B (3) 14HB B (2)

PUTATAN, 14 Januari 2020 - Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah hari ini.

Dalam lawatan tersebut, YB Menteri telah menyampaikan Amanat Tahun 2020 kepada pegawai-pegawai dan kakitangan JBSN Sabah, IKBN Kinarut, PJS Rantau Sabah, Roy Sabah dan Ilead Sabah.

Diharap dengan lawatan rasmi ini dapat memberikan semangat baharu kepada Team KBS di Sabah untuk lebih bekerja dan sentiasa memberikan yang terbaik.

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
JBSN Sabah
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction