faq    hubungi   maklumbalas   peta

Isnin, 27 Mac 2017 16:09

BELIA TAWAU BERSATU

  

TAWAU, 26 Mac 2017 – Penganjuran Karnival Belia oleh Persatuan Bela Belia Tawau (PEMBELA) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Tawau telah berlangsung dengan jayanya pada 25 hingga 26 Mac 2017 bertempat di Taman Sawit Balung, Tawau. Karnival selama 2 hari ini telah menggunakan slogan “Belia Tawau Bersatu” untuk menanamkan semangat patriotsime anak muda kepada negara selain menunjukkan belia Tawau bersatu mendukung dasar negara.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk Hj. Tawfiq bin DSP Hj, Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah menegaskan bahawa anak muda perlu menanamkan rasa cinta kepada negara dan bersyukur dengan senario negara yang sentiasa aman dan sejahtera di bawah pentadbiran semasa selain tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luaran dan juga dalaman yang sentiasa ingin memecah-belahkan perpaduan Malaysia.

Diantara pengisian karnival ini adalah seperti cabutan bertuah, pertandingan karaoke, sukaneka, cybergame, explorace, persembahan artis tempatan, jualan pelbagai barangan, pameran agensi kerajaan dan swasta serta banyak lagi. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Nizam bin DSP Hj. Abu Bakar Titingan, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.

Oleh:
Mohamad Fadil bin Sulaiman
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau
Published in Sabah
Isnin, 20 Mac 2017 22:32

TAKLIMAT PROJEK KOLAM RENANG TAWAU

  

TAWAU, 20 Mac 2017–Satu taklimat telah diadakan pada 19 Mac 2017 di tapak projek kolam renang Tawau bersempena dengan lawatan kerja YB Datuk Haji Tawfiq Bin DSP Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap ADUN N.56 Apas.

Diantara tujuan lawatan dan taklimat oleh pihak JKR Sabah dan kontraktor terbabit adalah untuk memperhalusi segala isu-isu dan permasalahan yang berlaku selain untuk mengetahui kemajuan kerja yang telah dicapai untuk projek kolam renang di Tawau. Datuk Tawfiq juga berharap agar projek ini agar dapat disiapkan dengan segera supaya tempat tersebut dapat digunakan oleh seluruh warga Tawau khususnya.

Turut hadir dalam sesi taklimat dan lawatan tersebut adalah Encik Alijus Hj. Sipil, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Encik Penyuki Matta, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah, Tuan Haji Awang Damit Ag Anak, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Encik Noorman Ramlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah.

Oleh:
Mohamad Fadil bin Sulaiman
PBSB (P) Tawau
Published in Sabah
  

TAWAU, 9 Mac 2017 – Sempena Sukan SEA ke 29 dan PARA ASEAN KE 9, satu larian obor bakal diadakan di Tawau pada bulan Jun akan datang. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat penyelarasan jawatankuasa peringkat bahagian Tawau telah diadakan di Dewan Persidangan, Majlis Perbandaran Tawau yang dipengerusikan oleh Setiausaha Perbandaran Tawau, Encik Joseph Pang.

Diantara objektif larian berjarak 7.9 km ini ialah untuk memberi hebahan kepada masyarakat Tawau bahawa Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA dan PARA ASEAN pada tahun ini selain memberi peluang kepada masyarakat Tawau untuk melihat obor dan juga maskot Sukan SEA dan PARA ASEAN dengan lebih dekat lagi.

Dengan mengambil kira tarikh larian tersebut pada bulan Ramadhan, pelbagai perkara telah diperhalusi dimana larian tersebut bakal diadakan pada waktu malam selepas daripada solat Terawih dan juga perkara-perkara lain. Mesyuarat tersebut turut dihadiri Encik P.Ponniah, Pegawai Unit Pembangunan Kecergasan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

Oleh:
Mohamad Fadil bin Sulaiman
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Tawau
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Published in Sabah



TAWAU, SABAH, 21 FEBRUARI 2017 – YBhg. Encik Lamat Anak Nyalau, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah mengadakan lawatan ke Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau disini hari ini sempena tugas rasmi beliau dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di daerah ini.

Kehadiran beliau disambut oleh Encik Mohamad Fadil Bin Sulaiman, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau beserta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau.

Disediakan Oleh:
Florence Kasamin
Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Tawau
Published in Sabah
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction