MIRI, 28 Ogos 2017- Kelab Rekreasi Dan Riadah, Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah mengadakan Sukan Persahabatan bersama Kelab Sukan dan Kebajikan IKBN Miri pada 25 hingga 27 Ogos 2017 yang lalu.

Antara acara sukan yang telah diadakan ialah bola sepak, bola tampar, pingpong dan badminton. Program seumpama merupakan yang pertama kali di adakan diluar Negeri Sabah dengan penyertaan seramai 22 orang ahli kelab Suria JBS Sabah.

Menurut Presiden Kelab Suria, Encik Lamat Anak Nyalau, tujuan utama progam ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan sedia ada antara kedua belah pihak di samping memberi peluang kepada ahli kelab beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim.

Oleh:
Sukarnih Sidik
JBSN Sabah
Published in Sabah
  

PUTATAN, 5 Ogos 2017-Seramai 122 orang menyertai Majlis Pelancaran Program Senamrobik Hujung Hujung Minggu “CERGAS SEPANJANG HAYAT” yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kesihatan, Majlis Penasihat Wanita Sabah dengan kerjasama Jabatan Belia dna Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Program diadakan bertujuan untuk mendidik masyarakat dikalangan komuniti tempatan terutama suri rumah dan penduduk umum disekitar lokasi kearah mengamalkan Gaya Hidup Sihat, Cergas dan Bersatu serta mengamalkan dan meningkatan tahap kecergasan sebanyak 30% bagi 10 bulan.

Majlis Pelancaran ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Dr. Hajah Tarsiah T.Z Taman, Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah. Turut hadir bersama iaitu Hajah Asmiah Haji Ajamain, Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Caw Sabah, Puan Margret Lim, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah dan Encik Noorman bin Ramlan, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Oleh :
Norhayati Tasif
JBSN Sabah

Published in Sabah
 

KOTA KINABALU, 20 Julai 2017- Setiap tahun, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka untuk Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi mengeratkan hubungan perpaduan dikalangan semua penjawat awam dan jabatan-jabatan persekutuan amnya dan di Negeri Sabah khasnya.

Seramai 56 Jabatan Persekutuan di Negeri Sabah terlibat dalam penganjuran majlis ini dengan pelbagai juadah makanan variasi tradisional dan moden di hidangkan untuk para tetamu yang hadir. Antara juadah yang menjadi pilihan tetamu yang hadir adalah Daging Kambing Panggang, Nasi Kerabu, Kelupis , Kuih Tradisional, Air Tea Hijau dan banyak lagi. Turut serta, pihak Jabatan turut menyediakan juadah seperti, Kelupis dan Kuah Kacang, Salad Buah dan Kuih Penyaram.

Majlis pada tahun ini, amat meriah kerana turut dihadiri oleh Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan sempat merakamkan gambar kenangan di Booth Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah bersama pegawai dan urusetia jabatan.

Oleh:
Yum Maren Basri
JBS(P)Sabah
Published in Sabah
  

NABAWAN, 19 Julai 2017 – Lawatan pemantauan kerja-kerja di tapak pembinaan Mini Kompleks Sukan Nabawan baru-baru ini telah di lakukan oleh Encik Cheok Teck Leong, Jurutera Cawangan Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Semasa lawatan pemantauan tersebut, Mesyuarat Pra Penyerahan Mini Kompleks Sukan Nabawan juga telah di adakan bagi membincangkan kemajuan prestasi kerja pembinaan Kompleks tersebut sebelum penyerahan dilaksanakan.

Turut hadir dalam lawatan pemantauan tersebut ialah Encik Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan Encik Fedrius Bin Jumi, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau.

Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau

Published in Sabah
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction