faq    hubungi   maklumbalas   peta

10HBPB 2 10HBPB 1

PENAMPANG, 10 November 2019 - Golongan belia berperanan penting dalam memajukan negara dan merupakan bakal pemimpin negara pada masa depan. Demikian antara intipati ucapan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Mohamad Mazlan Bin Haji Anis ketika menutup rasmi Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL) Peringkat Bahagian Pantai Barat di Liposu Stay Noturuss, Penampang hari ini.

Mazlan juga berkata, belia cemerlang adalah aset negara paling berharga dalam meneruskan kepimpinan bagi mencapai kegemilangan sekaligus menyediakan golongan pelapis yang berdaya saing.

“Penting untuk menjaga kepentingan belia dan memahami kehendak semasa mereka, agar kita dapat membimbing mereka menjadi pemimpin yang baik pada masa depan dan tidak terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat". Tambah beliau.

Terdahulu seramai 40 belia seluruh daerah di bahagian Pantai Barat telah menyertai program berkenaan yang bermula dari 8 November 2019 dengan pengisian pelbagai modul disediakan.

Turut hadir dimajlis perasmian penutupan, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Stephen Andreas, Pengurus Liposu Stay, Pegawai AADK Kota Kinabalu, Pegawai-pegawai JBS (P) Sabah dan pemimpin-pemimpin belia Bahagian Pantai Barat.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction