SERAMAI 39 PESERTA KURSUS INSTRUKTUR SENAMROBIK TAHAP 1
- Pentadbir JBS Sabah
- Nov 10 2019


RANAU, 10 NOVEMBER 2019 - Majlis Penutupan Kursus Instruktur Senamrobik Tahap 1 telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Seminar Asrama Linawan, Kompleks Sukan Ranau.
Antara objektif kursus ini ialah memberi pendedahan awal mengenai kecergasan dan asas senamrobik kepada bakal jurulatih. Disamping itu juga, dapat menyediakan golongan instruktur kecergasan senamrobik yang terlatih dan berkualiti serta layak untuk mengikuti kursus lanjutan sebagai syarat utama menjadi instruktur senamrobik yang bertauliah dan diiktiraf di Peringkat Nasional dan Antarabangsa. Seramai 39 orang peserta telah menyertai kursus yang diadakan selama 4 hari 3 malam tersebut.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah. Turut hadir, Master Trainer, Puan Salomah binti Sidek, Asst. Master Trainer Encik Edeazry bin Hamzah dan Encik Mas Salleh bin Md. Amil.
Oleh :
Norhayati Tasif
JBSN Sabah