faq    hubungi   maklumbalas   peta

10HPB 2 10HPB 3

TUARAN, 10 Oktober 2019 - Seramai 320 orang meliputi pelajar sekolah rendah, menengah, guru-guru dan warga Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran memeriahkan sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat PPD Tuaran 2019 bertempat di Dewan Terbuka SMK Sri Nangka Tuaran hari ini.

Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran, Puan Hajah Wanihim Osman dalam ucapan beliau menyeru kepada semua pengetua dan guru besar agar menyahut seruan kerajaan mengadakan aktiviti sukan bukan sahaja pada bulan Oktober tetapi sepanjang masa.

Beliau turut menambah, bulan Oktober telah diisytiharkan oleh kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai bulan sukan negara dan menyeru kepada semua masyarakat termasuk murid, guru-guru, pegawai-pegawai di PPD dan ibu bapa agar sentiasa menjaga kesihatan, sentiasa cergas dengan cara melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan.

Sambutan Bulan Sukan peringkat PPD Tuaran tersebut menyaksikan 5 acara menarik diadakan iaitu, acara senamrobik, Larian VIP, acara menjaring gol bola jaring, acara menjaring gol bola sepak dan acara servis badminton tepat.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction