faq    hubungi   maklumbalas   peta

TAWAU, 9 Oktober 2019 – Yang Berbahagia Encik Haji Mohd Soufi bin Haji Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Tawau pada petang hari ini.

Hal ini berlangsung sejurus sahaja tamat lawatan beliau ke Tapak Cadangan Sukan Kolam Renang di Kompleks Sukan Tawau. Kedatangan beliau ke pejabat ini merupakan lawatan kali pertama beliau semenjak beliau lapor diri sebagai Pengarah JBS Sabah pada 17 Oktober yang lalu.

Beliau mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan para Pegawai dan kakitangan PBSP Tawau disamping untuk melihat perkembangan kerja Pegawai dan kakitangan di Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSP Tawau
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction