faq    hubungi   maklumbalas   peta

JBSN Slideshow Perlis

  • selamat datang
   

Kangar, 8 November 2019 - Satu perjumpaan bersama Ecxo Belia dan Sukan Negeri Perlis, YB Tuan Hamizan bin Hassan, P.J.B., P.J.K telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Harumanis, Aras 2, Kompleks DUN Perlis melibatkan Pengarah dan Pegawai Skim S, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ini.

Perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan hala tuju belia Perlis pada masa akan datang. Beliau memaklumkan kerajaan negeri ingin menubuhkan Sektretariat Jawatankuasa Bertindak bagi membincangkan hala tuju belia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dilantik sebagai sekretariat tersebut. Katanya, ini merupakan salah satu strategi untuk mendapatkan belia aktif tanpa meminggirkan belia yang tidak aktif. Dalam erti kata lain, kita perlu memperkasakan persatuan belia yang berdaftar namun persatuan tidak berdaftar tidak boleh dilupakan. Beliau juga menyarankan hala tuju belia perlu seiring dengan pencapaian Negeri Perlis sebagai bandaraya pada tahun 2030. 

Selain itu, dalam ucapan beliau menyatakan kita perlu membincangkan perancangan belia mengikut golongan sasar dan mengadakan program besar seperti Karnival Belia Perlis yang melibatkan belia bagi semua aspek samada dari segi jualan usahawan atau aktiviti dan dijadikan sebagai acara tahunan. Pihak jabatan juga perlu berusaha untuk mendedahkan mengenai peranan belia dan peluang-peluang kepada belia di sekolah, IPT dan juga NGO.

Semoga dengan perjumpaan ini dapat memberi satu loncatan kepada mewujudkan belia yang lebih proaktif dan berdaya saing dan segala perancangan yang direncana dapat dilaksanakan dengan bantuan dan penglibatan semua pihak.

DISEDIAKAN OLEH

CIK WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction