faq    hubungi   maklumbalas   peta

  • pelan-strategik
  • hak cipta
  • yen
  • dasarbeliamalaysia
  • youth exchange

SUNGAI SIPUT, 30 NOVEMBER 2017 – Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memperkasakan komuniti agar lebih proaktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti kemasyarakatan dan amalan hidup sihat seperti gotong-royong perlu diadakan secara berterusan kerana ia boleh menjadi platform terbaik mengeratkan silaturahim, kerjasama serta membudayakan penjagaan kebersihan.

Dengan itu, pihak Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) Seri Iskandar dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput, Pejabat UMNO Sungai Siput, JKKK Kampung Kandang Hulu dan Pejabat Penghulu Kota Lama Kanan telah mengadakan Program Touch Point Cabinet Away pada 30 November bertempat di Kampung Kandang Hulu, Perak. Program ini telah disertai oleh sebilangan masyarakat setempat tanpa mengira usia untuk bersama bergotong-royong membersih, membaik pulih serta mengecat kawasan sekitar Kampung Kandang Hulu.

Menurut Dato’ Hj. Mohd Zolkafly bin Hj. Harun, aktiviti seperti itu tidak boleh diadakan secara bermusim malah perlu dianjurkan secara berkala supaya hubungan baik antara masyarakat kekal terpelihara. “Selain persekitaran menjadi bersih, ia juga dapat memupuk semangat perpaduan serta kerjasama antara semua pihak yang terlibat,” ujar beliau lagi.

Disediakan oleh : Suriani binti Ahmad Pembantu Belia dan Sukan Daerah Sg Siput
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction