• pelan-strategik
  • youthtalk
  • tn50
  • dasarbeliamalaysia

IPOH, 9 Jun 2016
– Tanggal 8 Jun meninggalkan detik akhir buat seorang yang layak digelar lagenda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) apabila En. Ahmad Yusup Che Rus secara rasminya menamatkan perkhidmatan melalui persaraan wajib dengan jawatan akhir sebagai Timbalan Pengarah (Pembangunan Belia) JBS Perak. Setelah 38 tahun berkhidmat bersama KBS, beliau berpengalaman di berbagai penempatan dan posisi meliputi peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat KBS.
Memulakan perkhidmatan pada 22 Ogos 1978 bersama 54 orang pegawai lain, “batch” beliau lebih sinonim digelar “Batch Hai Hong” mengambil nama sempena tongkang pelarian Vietnam yang terdampar di perairan Terengganu pada tarikh yang sama. Merupakan lulusan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sains Kemasyarakatan, beliau banyak meninggalkan legasi kepada KBS menerusi buah pemikiran pembuatan modul pembangunan belia dan sukan, program latihan pegawai skim “s” belia dan sukan, prosedur pengurusan bencana dan banyak lagi.
“KBS merupakan darah daging saya dan terlampau banyak kenangan suka dan duka bersama kementerian ini sejak mula-mula melapor diri di Wisma Keramat, Kuala Lumpur;” ujar beliau yang berasal dari Pulau Pangkor. Manakala menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Tuan Abdul Rahim Bin Tuan Bahru, jasa beliau (En. Ahmad Yusup) kepada Kementerian terlampau banyak dan majlis persaraan yang dianjurkan baru-baru ini amat kecil berbanding bakti yang dicurahkan. “Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada En. Yusup dan menyokong penuh hasrat beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan JBS Perak sentiasa mengalu-alukan penglibatan beliau dalam program-program JBS Perak,” ujar beliau.

Disediakan Oleh: Maizan Syafiqah Jafri, Pelatih Industri KUISAS Kuala Kangsar
Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN Perak 
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction