faq    hubungi   maklumbalas   peta

  • Sukan SEA
MARAN, 22 NOVEMBER 2019 – Semua peserta program AMWAL meluahkan rasa gembira dan tidak mahu pulang selepas menghadiri program ini. Buat julung kalinya, AMWAL @ MARAN berganding bahu melaksanakan program yang melibatkan kerjasama mantap dari Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Maran (PBSD Maran), Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Maran (AADK Maran) , Ibu Pejabat Polis Daerah Maran (IPD Maran) dan Pejabat Pendidikan Daerah Maran (PPD Maran).

Program bermula pada 06 hingga 08 November 2019  melibatkan peserta seramai 40 orang terdiri dari pelbagai sekolah. Program 3 hari 2 malam ini menghimpunkan aktiviti Refleksi Diri Ikhtiar Hidup, Latihan Dalam Kumpulan, Ceramah Dadah dan Jenayah Jalanan disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Maran, Motivasi Pelajar oleh Tuan PPD Maran, Sesi Perkongsian Cerita dari PRS AADK Maran dan juga Pendedahan Latihan Kemahiran Dan Keusahawanan dari Kolej Komuniti Maran. Barisan Fasilitator dari AADK Maran dan PBSD Maran telah berganding bahu menjayakan program ini hingga selesai.

Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang, Cik Nik Nor Syahirah binti Nik Harun diiringi Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Maran, En. Sophian bin Tukiman serta wakil IPD Maran dan wakil AADK Maran.

Disediakan oleh :
PBSD Maran, Pahang.

amwal 2   amwal 3





amwal 4   amwal 5





amwal 6   amwal 7



Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction