LAWATAN KETUA POLIS DAERAH MARAN
- Pentadbir JBS Pahang
- Nov 22 2019
MARAN 22 NOVEMBER 2019 – Kompleks Rakan Muda Maran, Pahang, yang merupakan lokasi bagi penempatan petugas-petugas bencana khasnya banjir, telah menerima lawatan rasmi daripada Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri bin Abd Rahman pada 20 November 2019 baru baru ini.
Lawatan ini bertujuan bagi memantau keadaan fasiliti / kemudahan di KRM Maran bagi persiapan bencana banjir sekiranya berlaku. Ketibaan beliau disambut oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Maran En. Sophian bin Tukiman bersama-sama kakitangan Kompleks Rakan Muda Maran. Beliau seterusnya dibawa melawat premis asrama dan dewan serta bilik gerakan serta kemudahan yang ada.
Secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan keadaan kemudahan yang ada. Lawatan ini secara tidak langsung membolehkan hubungan erat antara kedua-dua agensi ini dipereratkan.
Disediakan oleh :
PBSD Maran, Pahang.
Info Semasa
Kalendar Aktiviti
HUBUNGI KAMI
Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
25570 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5164354
Fax : 09-5162272
Ikuti Kami di Jaringan Sosial :



