• Pelan Stategik
  • Transformasi Nasional
  • Anugerah Perdana Belia Negara 2017
  • Inspire iTalent OKU 2017

KUALA PILAH, 6 Disember 2017 - Telah berlangsung Mesyuarat Agung Majlis Belia Felcra Wilayah Tengah Kali ke-5 bertempat di Hotel Desa Inn Kuala Pilah.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Majlis Belia Felcra Wilayah Tengah telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En.Mohd Yunus b.Idris, Pengurus Peladang Felcra Wilayah Tengah. Turut hadir Pengerusi Majlis Belia Felcra Wilayah Tengah, En. Mohd Nazri b. Rosli, wakil dari Majlis Belia Negeri Sembilan En. Mohd Azreen, wakil dr Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah, Pn.Nur Baawiah bt. Omar, wakil-wakil dari Pejabat Felcra Kawasan, serta barisan pemimpin belia/ badan-badan gabungan Majlis Belia Felcra Wilayah Tengah /calon-calon yang bertanding pada malam ini.

Majlis Belia Felcra Wilayah Tengah mempunyai beberapa badan gabungan yang melibatkan sebahagian belia felcra dari Negeri Melaka dan Selangor serta Negeri Sembilan. Antara pertubuhan di bawah badan gabungan Majlis Belia Felcra Wilayah Tengah ialah Majlis Belia Felcra Lakai, Majlis Belia Felcra Bayai, Majlis Belia Felcra Air Hitam, Majlis Belia Felcra Lubuk China, Majlis Belia Felcra Bukit Sedanan.

Majlis perasmian yang melibatkan 45 orang dari badan gabungan dan jemputan telah tamat pada jam 9.30 malam dan diteruskan dengan Mesyuarat Agung Majlis Belia Felcra Wilayah Tengah.

 
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction