• Menteri KBS
  • Timbalan Menteri
  • pelan strategik
  • YEN

Pentadbir JBS Melaka

Ayer Keroh, Melaka 16 Ogos 2018, - Bengkel Pelaksanaan TOT Sistem Pengurusan Sukan Bersepadu (SPSB) Jabatan Belia dan Sukan Negara Siri 7 sedang berlangsung melibatkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Jabatan Belia dan Sukan Johor (zon selatan). Bengkel ini meliputi 3 perkara iaitu e-fasiliti, e-laporan dan e-bantuan. Taklimat diberikan oleh En. Izwandy Bin Ismail dari Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Disediakan oleh : Syed Muhammad Zulhelmi Bin Abdullah
NEGERI SEMBILAN, 16 Ogos 2018 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) melalui Jawatankuasa Keselamatan JBSNM telah menghantar pegawai bagi mengikuti Kursus Pengurusan Keselamatan Perlindungan (PSM:1006) Siri 3/2018 anjuran Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. Tujuan penyertaan kursus ini adalah memberi pendedahan dan kefahaman mengenai dasar, prosedur dan arahan berkaitan keselamatan perlindungan dan meningkatkan kompetensi dalam melaksanakan sistem kawalan keselamatan perlindungan di peringkat Jabatan. Penolong Pengarah (S) JBSNM, Encik Mohd Jazwin Bin Abd Rahman, Encik Sodikin Bin Ali, Pegawai PBSD Alor Gajah dan Encik Mohd Syahmi Bin Md Lasa, Pegawai PBSD Jasin telah terpilih menyertai kursus yang berlangsung selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Ogos 2018 bertempat di Pusat Latihan Keselamatan Kerajaan Malaysia, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.
Disediakan oleh:
Cik Jalma Binti Annas, Cawangan Pembangunan Belia,JBSNM
MASJID TANAH, Melaka, 16 Ogos 2018 – Bagi memantapkan ilmu dan pengetahuan dalam memacu pembangunan kepimpinan belia di negeri Melaka, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah menghantar enam orang pegawai Belia dan Sukan di peringkat negeri dan daerah ke Kursus Pentafsiran Akta Pertubuhan Belia bermula 13 hingga 15 Ogos 2018 yang lalu. Kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Kementerian Belia dan Sukan ini telah diadakan di Tanjung Bidara Beach Resort, Masjid Tanah, Melaka dan dirasmikan oleh Pendaftar Pejabat Pertubuhan Belia, Hajah Siti Aishah Yahya.

Disediakan oleh:
Cik Jalma Binti Annas, Cawangan Pembangunan Belia,JBSNM
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction