• sample
  • selamat datang
  • Dasar Belia

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA ke-29 akan pada 19 - 31 Ogos 2017 dan Sukan Para ASEAN pada 17 - 23 September 2017. Sehingga 13,000 sukarelawan diperlukan untuk menjayakan temasya ini dan UKM telah dilantik sebagai penyedia program latihan kepada Sukarelawan Kuala Lumpur 2017. Sehubungan itu pihak Kementerian Belia dan Sukan menerusi Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengalu-alukan penyertaan tuan/puan sebagai Sukarelawan Kuala Lumpur 2017. Kepada yang berminat untuk menjadi sukarelawan boleh mendaftar melalui pautan berikut sebelum 28 Februari 2017:
Pautan Borang Pendaftaran 
Sukarelawan yang telah mendaftar akan dipanggil untuk menjalani sesi latihan umum dan latihan khusus (mengikut bidang tugas yang diberikan) sebelum temasya berlangsung. Semasa bertugas, sukarelawan akan disediakan dengan pakaian rasmi, makan minum, perlindungan insurans dan sijil penghargaan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pegawai Penyelaras Program Latihan di Pejabat Dekan FSSK, Cik Nur Syafinaz Muhd Rapee di talian 0389214198 / 013-6348003. Untuk maklumat lanjut mengenai sukarelawan dan temasya Kuala Lumpur 2017, sila layari pautan berikut:
FAQ Mengenai Sukarelawan Kuala Lumpur 2017
Laman Web Rasmi Kuala Lumpur 2017

Disediakan oleh: Shahrul Izwan bin Mat Sharif

 


Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction