faq    hubungi   maklumbalas   peta

  • PELAN STRATEGIK
  • DASAR BELIA MALAYSIA

Pentadbir JBS Kelantan

PM127 2 PM127 3

PASIR MAS, 4 DISEMBER 2019 –  Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YABrs Puan Laila Nazura Binti Nawi telah turun padang melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara, Sek Keb Kiambang pada 03 Disember 2019 (Selasa). Beliau turut menyampaikan kit makanan kepada 52 keluarga yang terlibat banjir.

Turut hadir sama bagi misi bantuan ini ialah, Pegawai dan Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas serta Pengerusi dan ahli jawatankuasa Youth Power Club Rantau Panjang.

Bencana banjir telah melanda daerah Pasir Mas bermula 30 November 2019 dan sehingga kini 3,633 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara yang melibatkan 9,373 mangsa.

Disediakan Oleh : Syuhaidah Binti Abd Hamid, Urusetia Berita Portal PBSD Pasir Mas

Rabu, 04 Disember 2019 16:30

KELAB BELIA KG BARU PAK HUSSIN PRIHATIN

PM126 2 PM126 3

PASIR MAS, 4 DISEMBER 2019 –  Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah menyampaikan bekalan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kampung Baru Pak Hussin Pada 1 Disember 2019 (Ahad).

Seramai 24 keluarga yang telah menerima bantuan tersebut dan bantuan ini telah disampaikan oleh En. Mohd Azmi bin Yusoff, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dan Pengerusi Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin.

Jelas Pengerusi Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin, misi bantuan seperti itu memberi peluang kepada ahli kelabnya untuk menyemai semangat perikemanusiaan dan mencapai kepuasan diri dengan membantu mereka yang memerlukan.

Disediakan Oleh : Syuhaidah Binti Abd Hamid, Urusetia Berita Portal PBSD Pasir Mas

PM125 1 PM125 2

PASIR MAS, 2 DISEMBER 2019 – Pejabat Kemas Daerah Pasir Mas dengan kejasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas telah mengadakan Pertandingan Sukaneka Anak Kemas Bagi Parlimen Rantau Panjang bersempena Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Pasir Mas 2019 pada 21 November 2019 (Khamis) bertempat di Pusat Kegiatan KEMAS Rantau Panjang yang melibatkan penyertaan lebih 200 orang guru KEMAS, pembantu guru KEMAS dan anak-anak KEMAS.

Majlis Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Sukaneka ini telah disempurnakan oleh En. Mohd Azmi Bin Mohd Yusoff, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas diiringi oleh Pegawai Kemas Daerah Pasir Mas.

Aktiviti ini sejajar dengan objektif Bulan Sukan Negara iaitu bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di semua peringkat umur.

Disediakan Oleh : Syuhaidah Binti Abd Hamid,Urusetia Berita Portal PBSD Pasir Mas

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction