faq    hubungi   maklumbalas   peta

  • PELAN STRATEGIK
  • DASAR BELIA MALAYSIA

KOTA BHARU, 18 OKTOBER 2016 – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menginap di asrama Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan (KOMBES) pada 23 September 2016 hingga 25 September 2016 bagi menjayakan Fit Malaysia yang berlangsung pada 24 September 2016.

Seramai 40 orang ahli PUSPANITA cawangan KBS telah memilih asrama KOMBES untuk menginap selama tiga hari dua malam bagi menyertai Program Fit Malaysia di Kelantan yang berlangsung di Sekolah Menengah Sains Machang. Asrama KOMBES merupakan asrama yang agak selesa yang mempunyai penghawa dingin di setiap bilik yang ada di asrama ini bagi keselesaan pengunjung. Tidak hairanlah jika PUSPANITA datang untuk bertandang di Asrama Kombes dengan keadaan bilik yang sangat selesa.

Bukan mudah di Kelantan bagi mendapatkan asrama yang setiap biliknya mempunyai penghawa dingin. Oleh Sebab Itu, PUSPANITA telah memilih Asrama KOMBES sebagai tempat untuk mereka mengingap selam tiga hari dua malam. PUSPANITA telah menggunakan tiga bilik Asrama KOMBES iaitu dua bilik dorm perempuan, satu bilik urusetia perempuan dan satu bilik VIP perempuan. Penginap bilik VIP perempuan adalah salah seorang ahli VIP PUSPANITA iaitu Datuk Zaiton Othman merupakan Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan penginap bilik yang lainnya adalah ahli biasa PUSPANITA.

Tujuan utama PUSPANITA datang ke Kelantan adalah untuk turut serta dalam menjayakan Program Fit Malaysia. Disamping itu, terdapat juga program sampingan yang telah dijalankan sepanjang mereka berada di Kelantan antaranya adalah Program Khidmat Masyarakat di Rumah Seri Kenangan, lawatan ke Wakaf Che Yeh dan Lawatan ke Rantau Panjang.

Disediakan Oleh:
PENGURUS KOMBES
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction