faq    hubungi   maklumbalas   peta

  • PELAN STRATEGIK
  • DASAR BELIA MALAYSIA
JELI62 4 JELI62 1

JELI, 24 JUN 2019 –  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah mengadakan satu aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pejabat melibatkan semua pegawai dan kakitangan pada hari ini.

Aktiviti gotong-royong ini diadakan bagi mewujudkan persekitaran pejabat yang bersih dan selesa selain dapat menceriakan kawasan dalam dan luar pejabat. Kerja-kerja pembersihan pada kali ini lebih tertumpu di sudut belakang dan ruang stor pejabat. Kakitangan lelaki juga turut bergotong-royong memotong rumput dan membersihkan kawasan luar pejabat.

Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan, apabila melakukan kerja secara beramai-ramai, ia dapat memudahkan kerja-kerja yang sukar malah dapat disiapkan dengan lebih cepat dan kemas.

Disediakan Oleh : Nur Fadhlira Binti Dungun, Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction