faq    hubungi   maklumbalas   peta

  • BULAN SUKAN NEGARA_2019
  • AKTIVITI HBN1
  • SISTEM BANK DATA BELIA MALAYSIA

Pentadbir JBS Kedah

SIK KEDAH, 7 NOVEMBER 2019 – Latihan Pra Bencana & Pengunsian Bangunan Tabung Haji Daerah Sik telahpun diadakan pada 24 Oktober 2019 (Khamis) yang lalu pada jam 9.15 pagi bertempat di Bangunan Tabung Haji Daerah Sik, Kedah Darul Aman disini.

Latihan pengunsian dan kebakaran ini melibatkan kesemua agensi penyelamat di Daerah Sik antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Hospital Daerah Sik, Pejabat Kesihatan Daerah Sik dan Pejabat Rela Daerah Sik.

Tidak ketinggalan juga agensi yang menduduki premis dalam Bangunan Tabung Haji Daerah Sik termasuklah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik yang berada di Aras 2 bangunan tersebut.

Latihan yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendidikan kepada semua penghuni premis dalam Bangunan Tabung Haji Daerah Sik ini tentang cara-cara menyelamatkan diri apabila berlakunya bencana seperti kebakaran yang tidak dijangka.

Tempoh masa pengunsian yang dimaksudkan adalah tidak melebihi tujuh minit untuk turun menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran.

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)

SIK KEDAH, 7 NOVEMBER 2019 – Pengisian aktiviti Zumba dalam slot kecergasan diadakan bersempena Bulan Sukan Negara 2019 Daerah Sik yang telahpun diadakan dengan jayanya pada 18 Oktober 2019 (Jumaat) yang lalu bertempat di Dewan Kampung Begia, Mukim Teloi, Sik, Kedah Darul Aman disini.

Seramai 100 orang warga masyarakat Kampung Begia, Mukim Teloi, Sik yang terdiri daripada masyarakat kamum Melayu dan Siam telah terlibat dalam sama-sama menjayakan aktiviti kecergasan Zumba ini dalam menyemarakkan Bulan Sukan Negara 2019 di komuniti setempat.

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)

SIK KEDAH, 7 NOVEMBER 2019 – Sukaneka Kampung MPKK Kampung Padang Chicar, Sik Di Bulan Sukan Negara 2019 telahpun diadakan dengan jayanya pada 12 Oktober 2019 (Sabtu) yang lalu bertempat di Kampung Padang Chicar, Mukim Jeneri, Sik, Kedah Darul Aman disini.

Seramai 100 orang warga masyarakat Kampung Padang Chicar, Mukim Jeneri, Sik telah terlibat dalam sama-sama menjayakan aktiviti sukaneka kampung ini dalam menyemarakkan Bulan Sukan Negara 2019 di komuniti setempat.

Hadir bersama dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh En. Azli Bin Che Uda, Penyelaras Parlimen Sik. Turut hadir bersama, Pn. Siti Salmiah Binti Md. Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik.

 

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD SIK)

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction