• HSN fun Ride
  • fit kbs
  • YData @IYRES
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • make a difference
  • Pelan Strategik
  • Jom Like and Share

Pentadbir JBS N9 1

Isnin, 24 September 2018 08:08

ZOMBIE RUN 2018

PORT DICKSON, 22 September 2018 -Telah berlangsung Program Zumbie Run 2018 bertempat di Kolej Vokasional Port Dickson yang dianjurkan oleh Pelajar Tahun Akhir Diploma Pelancongan Kolej Vokasional Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.  Program bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.

Seramai 500 orang telah hadir memeriahkan program ini.  Acara Perasmian dan Pelepasan peserta Zombie Run 2018 telah disempurnakan oleh YB. Tuan Ravi a/l Munusamy, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan merangkap ADUN Seri Tanjung.  Manakala perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan En. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. 

Turut hadir dalam majlis perasmian dan penutup adalah En. Abdul Razak bin Ismail Pengarah Kolej Vokasional Port Dickson, Timbalan Pengarah Bhg Pendidikan Kolej Vokasional Port Dickson, guru-guru Kolej Vokasional Port Dickson dan En Mohd Azam bin Zakaria dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.  Di dalam program ini juga pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah mengambil peluang dan kesempatan membuat hebahan dan promosi berkenaan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Port Dickson 2018 kepada semua hadirin yang hadir termasuk pelajar, guru dan kakitangan Kolej Vokasional Port Dickson.
REMBAU , 21 September 2018 -Yang Berbahagia Encik Nor Azli bin Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah membuat lawatan kerja rasmi ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau hari ini. Tuan Pengarah dan rombongan telah tiba di PBSD Rembau pada jam 11.00pagi.Program lawatan ini telah dimulakan dengan taklimat berhubung pentadbiran dan pengurusan pejabat, Pembangunan Belia, Pembangunan Sukan, Pembangunan Rakan Muda serta Analisis SWOT PBSD Rembau yang telah disampaikan oleh Encik Faizal bin Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau.Seterusnya sesi perbincangan antara Tuan Pengarah bersama kakitangan PBSD Rembau berhubung isu-isu dan perkara-perkara yang berbangkit.Turut hadir dalam program lawatan ialah Encik Mohd Zul Fadli bin Ahmad Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Puan Sarimah binti Mohamad Ketua Pembantu Tadbir JBSNS serta kakitangan PBSD Rembau.
REMBAU, 21 September 2018 - Bertempat di Balai Y.T.M Undang Luak Rembau telah berlangsungnya kunjungan mengadap Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Nor Azli bin Mohamad Daud bersama pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Mohd Zul Fadli bin Ahmad diiringi Encik Faizal bin Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau kepada Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman Dato' Undang Luak Rembau sebentar tadi sempena lawatan kerja Tuan Pengarah JBSNS ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau.
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction