faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • Salam Maulidur Rasul
  • Women in Sport
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Mohd Ikhwan b. Mohd Razully

IPOH, 13 NOVEMBER 2019 - Majlis Perasmian Penutup Program Keusahawanan Belia Bestari (B-Best) Peringkat Negeri Perak telah berlangsung di KOMBES, Perak. Majlis Perasmian Penutup Program telah dirasmikan oleh Encik Mohd Hata Saliman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Majlis turut dihadiri Encik Abdul Samad, Pengarah Yayasan Kebajikan Malaysia serta majikan Program B-Best. Pelaksanaan Program B-Best Peringkat Negeri Perak telah berlangsung dari Bulan September dan Oktober dengan disertai seramai enam (6) orang peserta.

Antara intipati ucapan Pengarah JBS Perak; "Saya berharap para peserta mendapat ilmu dan dipraktikkan selepas tamat latihan dan sentiasa berhubung dengan majikan serta pihak Jabatan" katanya. Untuk makluman, peserta ditempatkan bersama majikan dan dilatih untuk mendapatkan kemahiran mengikut bidang kerja masing-masing. Bidang kemahiran yang diterapkan adalah bidang gunting rambut dan pastri serta frozen food. Dua (2) orang wakil dari IYRES juga hadir sama bagi menjalankan kajian berkaitan Program B-Best.

   
Selasa, 12 November 2019 09:18

Kursus Teknologi Kilang Tanaman

SERDANG, 11-14 November 2019: Puan Noraini binti Abdullah, Penolong Pegawai Pertanian Kanan yang mewakili Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) berpeluang mengikuti Kursus Teknologi Kilang Tanaman di MARDI Serdang.

Kursus khas untuk tenaga pengajar dan pegawai pertanian ini melibatkan 8 orang peserta dari pelbagai agensi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.
Outcome kursus adalah untuk memberi pendedahan tentang teknologi terbaharu dalam bidang pertanian di Malaysia. Melahirkan tenaga pengajar yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran asas mengenai teknologi pengeluaran sayuran dalam kilang.
LANGKAWI, 10 November 2019: Sedang berlangsung Bengkel Pemurnian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) dan Modul MYSA bertempat di Institut Pengurusan Peladang, Langkawi dengan kehadiran seramai 35 orang peserta.

Bengkel selama 3 hari 2 malam ini turut dihadiri oleh Prof.Madya Dr. Ismi Arif Bin Ismail selaku Ketua Panel Penilai APBN 2019 dan Tuan Hj. Sardon Suraji, mantan Pendaftar ROY.

Prof. Madya Dr Ismi bersama En Fadzli Hassan, Presiden, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) selaku panel APBN 2019 telah mengesyorkan beberapa perkara bagi tujuan penambahbaikan APBN 2020, begitu juga Tn Hj. Sardon yg melihat perlunya kategori anugerah OKU diambil kira.

 

 
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction