• International Exchange Program
  • make a diffrent
  • Pelan Strategik
  • TN 50

Pentadbir Rakan Muda

7 DISEMBER 2017, LUMUT - Modul Team Building Latihan Pra Penempatan Program MyCorps @ Benua Afrika Misi 2 / 2017 telah dilaksanakan pada 4 hingga 6 Disember 2017 bertempat di Outward Bound Lumut Malaysia. Latihan ini diadakan adalah sebagai persediaan dan persiapan kepada semua peserta sebelum berlepas ke negara misi (Sudan, Uganda, Kenya dan Tanzania). Pelbagai pengisian aktiviti telah dilaksanakan sepanjang modul ini diadakan seperti berkayak, jungle trecking, aktiviti bertali dan lain-lain lagi. Dengan wujudnya modul ini, ianya dapat memupuk semangat kerjasama yang kukuh dan berpanjangan sesama peserta, memperkukuhkan hubungan di antara peserta, melahirkan individu bersifat pemimpin dan berketerampilan, membentuk ketahanan fizikal dan mental serta melahirkan individu dan kumpulan yang kental dan serba boleh.

Disediakan oleh;
Mushairil Azmil Bin Sidik
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)




29 NOVEMBER 2017, PUTRAJAYA - Sesi temu duga dan pemilihan calon peserta Program MyCorps @ Benua Afrika (Sudan, Uganda, Kenya dan Tanzania) Misi 2 / 2017 telah dilaksanakan pada 13 hingga 25 November 2017 dengan 5 zon terlibat keseluruhannya. Sesi tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mencari calon peserta yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Program MyCorps.
Setelah sesi akhir pemilihan peserta dilaksanakan selepas proses temu duga dan pemilihan calon peserta dilaksanakan di seluruh negeri, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua calon yang terpilih untuk menyertai misi kali ini. Kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa dan cuba lagi untuk misi yang akan datang.

Disediakan;
Mushairil Azmil Bin Sidik
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

20 NOVEMBER 2017, KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara akan melaksanakan Program MyCorps@Benua Afrika (Sudan, Uganda, Kenya dan Tanzania) Misi 2 / 2017 pada bulan November 2017 hingga Mac 2018. Hasrat ini telah diumumkan oleh YB. Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 19 Oktober 2017 (Khamis) semasa Ignition Ceremony Program MyCorps Misi 1 / 2017 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras, Kuala Lumpur.
Rentetan daripada itu, Sesi Temu Duga dan Pemilihan Peserta Program MyCorps@Benua Afrika Misi 2 / 2017 telah dilaksanakan pada 13 hingga 19 November 2017 di seluruh negeri manakala untuk Negeri Sarawak dan Sabah adalah pada 20 dan 21 November 2017. Sesi ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membuat pemilihan peserta yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Program MyCorps. Sedikit gambar untuk dikongsikan bersama semasa sesi tersebut diadakan untuk calon peserta dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor disertakan dalam artikel ini.  Terima kasih diucapkan kepada semua calon peserta yang telah meluangkan masa menghadiri Sesi Temu Duga dan Pemilihan tersebut.

Disediakan oleh;
Mushairil Azmil Bin Sidik
Bahagian Pembangunan Rakan Muda
(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)



                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction