faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • eyxchange
  • selamat tahun baru
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir APBM Batu Gajah

ARNAB

RAUB, 20 JANUARI 2020 - Demi minat dan impian untuk berjaya dalam bidang penternakan arnab pedaging, seorang pemuda sanggup melepaskan jawatannya sebagai penjawat awam yang terjamin pendapatan setiap bulan.Selepas lima tahun mencurahkan sepenuh komitmen menjadi usahawan muda, Muhamad Rizal Adha, 26, mampu berbangga dengan pencapaian diri dalam bidang diterokainya itu.

Bermula dengan hanya memiliki beberapa arnab hiasan, beliau yang menetap di Kampung Tok Machang, Ulu Gali, di sini, kini menternak lebih 500 arnab pedaging jenis New Zealand White.

Muhamad Rizal menjelaskan, menternak arnab pedaging adalah mudah dan tidak memerlukan modal serta perbelanjaan makanan yang terlalu besar berbanding ternakan lain seperti ayam, itik dan kambing.

“Malah, keuntungan hasil jualan daging segar adalah memuaskan. Ketika ini, boleh dikatakan permintaan daging arnab segar begitu menggalakkan tetapi setiap bulan, saya hanya mampu membekalkan antara 200 hingga 250 kilogram. “Walaupun dijual pada harga RM35 sekilogram, pasaran daging arnab sentiasa mendapat permintaan tinggi sehingga bekalan tidak mencukupi,” katanya ketika ditemui di ladang ternakan beliau, di sini.

Muhamad Rizal yang pernah bertugas di Jabatan Imigresen Malaysia dan juga bekas atlet silat olahraga Sukan Malaysia (SUKMA) memaklumkan, kos makanan ternakan bagi seekor arnab pedaging ialah antara RM13 hingga RM19 apabila mencapai usia matang untuk disembelih.

Katanya, hanya arnab pedaging yang mencapai berat dua kilogram ke atas akan disembelih dan semua proses dilakukan sendiri dengan bantuan dua pekerja.

Beliau yang memiliki Diploma Ukur Bahan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seri Iskandar, Perak, berkata arnab mampu melahirkan anak antara tujuh hingga lapan kali setahun dengan setiap kali membabitkan enam hingga 12 anak.

“Saya mampu meraih pendapatan bersih antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan hasil jualan daging arnab secara terus dan dalam talian. Ada lebih 15 pelanggan tetap yang memerlukan bekalan setiap bulan.


meeting2020

TRONOH, PERAK, 08 JANUARI 2020
 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan tiga mesyuarat serentak iaitu Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Pengurusan Aset Alih Kerajaan serta Mesyuarat Pengurusan Kewangan bagi tahun 2020 ini.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Wan Nor Hashimahdaudy Binti Wan Hashim, Pengarah APBM Batu Gajah dan turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Pengurusan telah diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali selain mesyuarat pagi, bagi menbincangkan hal-hal pengurusan pejabat manakala Mesyuarat Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Mesyuarat Pengurusan Kewangan diadakan secara berkala sebelum Mesyuarat JKPAK dan JPKA bagi peringkat kementerian bersidang. Kedua-dua mesyuarat berkala tersebut diadakan bagi membincangkan hal-hal pengurusan aset alih kerajaan dan hal-hal berkaitan pengurusan kewangan di APBM Batu Gajah, Perak.

HIMPUNANDIS2019

TRONOH, PERAK, 09 JANUARI 2020 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Pegawai dan Kakitangan APBM Batu Gajah bagi bulan Disember 2019.

Himpunan yang dihadiri oleh kebanyakan warga APBM Batu Gajah diketuai oleh Puan Wan Nor Hashimahdaudy Binti Wan Hashim, Pengarah APBM Batu Gajah ini merupakan satu majlis tetap yang dianjurkan oleh akademi ini dengan tujuan mengeratkan hubungan antara staf akademi selain menjadi platform bagi pengurusan tertinggi akademi untuk menyampaikan amanat beliau serta amanat-amanat daripada pihak Kementerian Belia Dan Sukan.

Program bermula dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan lagu perkhidmatan awam. Yang menarik dengan program ini ialah ia juga diselitkan dengan majlis sambutan hari lahir staf dan kakitangan APBM Batu Gajah selain menjadi platform untuk penyampaian hadiah pekerja bulanan terbaik APBM Batu Gajah.

                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction