Pentadbir JBS Selangor
PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR TURUN TAPAK TANAM POKOK SEPANG
SEPANG, 10 DISEMBER 2019 – Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran Bin Abd Bahar turut menyertai aktiviti menanam pokok sempena program MyWater dan Program Rakan Muda Kreatif (Rakan Muda Hijau) Peringkat Kebangsaan 2019 yang diadakan di Kampung Limau Manis, Sepang. Antara pengisian aktiviti ialah menanam lebih kurang 200 anak pokok buah dan herba di sekitar, gotong-royong membersihkan sungai dan kawasan sekitar. Tuan Pengarah turut menanam pokok sepang atau nama saintifiknya ialah Caesalpinia Sappan. Turut menyertai aktiviti menanam pokok ialah Pegawai Daerah Sepang, Tuan Mohd Yazid Bin Sairi yang menanam pokok limau bersempena nama Kampung Limau Manis.
Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, PBSD Sepang
LAWATAN TAPAK SEBELUM PROGRAM RAKAN MUDA KREATIF PERINGKAT KEBANGSAAN 2019 BERLANGSUNG DI SK BUKIT TAMPOI
SEPANG, 10 DISEMBER 2019 – Telah berlangsung Program MyWater dan Program Rakan Muda Peringkat Kebangsaan (Rakan Muda Hijau) 2019 bertempat di anak sungai Jalan Sempadan, Kampung Limau Manis. Program ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah , Tuan Mohd Yazid bin Sairi pada jam 9.30 pagi dan aktiviti penanaman anak pokok buah dan herba oleh sukarelawan rakan muda. Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran Bin Abd Bahar menyertai aktiviti menanam pokok dan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar.
“Kerjasama antara Pejabat Daerah / Tanah Sepang bersama Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ini amat baik dan perlu diteruskan kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara agensi negeri dan daerah,” kata Pegawai Daerah, Tuan Mohd Yazid bin Sairi.
Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, PBSD Sepang

LAWATAN TAPAK SEBELUM PROGRAM RAKAN MUDA KREATIF PERINGKAT KEBANGSAAN 2019 BERLANGSUNG DI SK BUKIT TAMPOI
SEPANG, 10 DISEMBER 2019 – Telah berlangsung lawatan tapak bagi Program Rakan Muda Kreatif (Rakan Muda Charity) Peringkat Kebangsaan 2019 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (Asli), Dengkil. Program yang akan diadakan pada 7hb Disember ini akan membuat aktiviti mengecat dan gotong-royong bersama-sama sukarelawan rakan muda di kawasan sekolah bagi meningkatkan suasana pembelajaran apabila musim sekolah bemula nanti. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (Asli), Puan Saadah mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih sekolah bagi program ini kerana berada di pedalaman dan kurang mendapat perhatian sebelum ini.
Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, PBSD Sepang
Langganan Berita Terkini JBSN
TRENDING@JBSN
-
01
AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEBAGAI MEDIUM MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN SESAMA RAKYAT
-
02
KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI PINANG TUNGGAL KIBAR JALUR GEMILANG