faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • eyxchange
  • selamat tahun baru
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Selangor

Isnin, 13 Januari 2020 17:12

KEKURANGAN UPAYA BUKAN PENGHALANG

GOPENG, 13 JANUARI 2020 – Kekurangan upaya bukanlah penghalang bagi salah seorang kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Mohd Syahir bin Azahar untuk melakukan aktiviti lasak seperti ‘flying fox’ dan ‘river tubing’ yang diadakan di Murni Camp, Gopeng, Perak. Keupayaan beliau melakukan aktiviti tersebut telah mengagumkan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Sabran bin Abd Bahar dan mencabar kakitangan yang lain untuk turut melakukan aktiviti tersebut. Semangat yang ditonjolkan oleh saudara Mohd Syahir ini patut dicontohi oleh setiap pegawai bagi mengharungi setiap cabaran yang mendatang.

Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang

KEKURANGAN UPAYA BUKAN PENGHALANG
GOPENG, 13 JANUARI 2020 – Telah berlangsung Bengkel Post Mortem Bulan Sukan Negara 2019 dan Team Building Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor bertempat di Murni Camp, Gopeng, Perak. Program yang diadakan pada 11 hingga 12 Januari 2020 ini memfokuskan kepada aktiviti outdoor 'river tubing, flying fox' dan aktiviti pemantapan pasukan. Semua peserta yang terlibat sedaya upaya menjayakan tugasan yang diberikan. Keseronokan dapat dirasai oleh setiap peserta apabila peserta berjaya menyelesaikan tugasan dan menikmati suasana di dusun durian. Semua kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor yang menyertai program ini amat berpuas hati dan berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, PBSD Sepang

BENGKEL POST MORTEM BULAN SUKAN NEGARA 2019 DAN TEAM BUILDING JABA
Isnin, 13 Januari 2020 17:05

GOMBAK JOIN TEAM BUILDING 2020

GOPENG, 13 JANUARI 2020 - Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak menghadiri Kursus Team Building Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor 2020 yang telah berlangsung dengan jayanya selama dua (2) hari satu (1) malam bertempat di Kem Murni, Gopeng, Perak.

Pelbagai aktiviti telah disediakan sepanjang kursus dengan objektif meningkatkan semangat kerja berpasukan dikalangan warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) sama ada di peringkat negeri dan daerah. Antara aktiviti yang diadakan adalah Management Game, Flying Fox, Malam Apresiasi Bulan Sukan Negara dan River Tubing.

Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak

GOMBAK JOIN TEAM BUILDING 2020
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction