faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • eyxchange
  • selamat tahun baru
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Selangor

BANTING, 15 JANUARI 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat telah menerima jemputan bagi menyampaikan taklimat berkenaan Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda kepada para pelajar kemasukan baharu dalam program Minggu Paradigma Sesi 1/2020 pada 10 Januari 2020 (Jumaat) yang lalu. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat iaitu Puan Nazeela binti Zulkiflee. Tujuan taklimat diadakan adalah bagi memberi pendedahan berkenaan program tersebut kerana setiap pelajar adalah diwajibkan menyertai program ini. Program ini amat bermanfaat kerana setiap peserta dapat meneroka kemampuan dan kebolehan diri yang membentuk personaliti diri dalam aspek kepimpinan, kematangan, penyerlahan potensi dan semangat kesukarelaan secara holistik. Program bertaraf antarabangsa ini bukan berkonsep pertandingan tetapi menekankan kebolehan individu yang fleksibel dan berperingkat serta mendorong para peserta untuk mengisi masa lapang secara produktif.
 
Disediakan oleh : Nazeela binti Zulkiflee, PBSD Kuala Langat
Disunting oleh : Marshamira binti Ahmad, PBSD Kuala Langat

TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA ARP RAKAN MUDA IKBN
GOPENG, 13 JANUARI 2020 – Kegembiraan dan kepuasan jelas terpancar di setiap wajah kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor setelah melakukan aktiviti ‘river tubing’ pada hari terakhir Bengkel Post Mortem Bulan Sukan Negara 2019 dan Team Building Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor yang diadakan di Murni Camp, Gopeng, Perak. Program yang diadakan pada 11 hingga 12 Januari 2020 ini melibatkan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Aktiviti ‘river tubing’ yang diadakan pada hari terakhir amat menyeronokkan dan mencabar kekuatan mental dan fizikal setiap peserta bagi mengharungi arus sungai yang deras dan beberapa jeram hingga ke penamat yang dianggarkan sejauh lebih kurang empat (4) kilometer. Aktiviti ini turut mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan JBS Selangor dan saling tolong menolong dalam meneruskan cabaran sehingga ke penamat.

Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, PBSD Sepang

RIVER TUBING ERATKAN SILATUR
GOPENG, 13 JANUARI 2020 – Telah berlangsung Malam Apresiasi Bulan Sukan Negara 2019 bertempat di Murni Camp, Gopeng, Perak sempena Bengkel Post Mortem Bulan Sukan Negara 2019 dan Team Building Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Program dua hari yang diadakan pada 11 dan 12 Januari 2020 itu dihadiri oleh kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Bertemakan Batik dan Pelikat, Malam Apresiasi Bulan Sukan Negara 2019 telah berlangsung dengan lancar dan sempurna bagi menghargai setiap jawatankuasa dan urusetia Bulan Sukan Negara 2019 yang telah bekerja keras dan usaha dalam menjayakan Bulan Sukan Negara 2019 di setiap peringkat daerah hingga ke peringkat Negeri Selangor.

Disediakan Oleh : Zulhelmi Bin Md. Pisol, PBSD Sepang

MALAM APRESIASI BULAN SUKAN NEG
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction