faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • PROGRAM FACING UP WITH SOCIAL ENTREPRENEURSHIP (FUSE) 2019
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Selangor

SEKINCHAN, 09 Ogos 2019 – Telah berlangsung Mesyuarat Mesyuarat Kordinasi Merdeka Run @FitKomuniti bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat Rakyat Sungai Besar. Mesyuarat kali ini membincangkan mengenai penyelarasan serta status perkembangan perancangan program tersebut. Program ini melibatkan kerjasama pejabat parlimen, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam serta agensi-agensi kerajan di Daerah Sabak Bernam. Turut hadir dalam mesyuarat ini Encik Zayanidi bin Abbas, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam.

Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam

SHAH ALAM, 9 OGOS  2019 – Puan Madekhah binti Mohamad Zam , Pegawai Belia dan sukan Daerah Sabak Bernamt telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Program Malaysia Sport Challenge (MYSC) Bil. 1/2019 Peringkat Negeri Selangor. Program ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober 2019 bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti orang untuk bersukan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Objektif Malaysia Sports Challenge (MYSC) adalah untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah Negara Sukan (Sporting Nation) menjelang 2020 yang mempunyai penduduk yang sihat dan bebas dari obesiti serta penyakit.

Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam

SHAH ALAM, 9 OGOS 2019 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS), Encik Sabran bin Abd. Bahar berasa bangga dengan pencapaian penulisan portal bagi semua bahagian dan daerah bagi setengah tahun pertama 2019.

Pencapaian JBSS yang menduduki tempat pertama dari segi penghantaran berita portal KBS di seluruh negara merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan ianya menunjukkan semua bahagian dan daerah sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Beliau juga mengharapkan agar pencapaian ini dapat dikekalkan agar kesinambungannya dapat memacu ke arah penyampaian berita yang berkesan.

Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat

                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction