faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • eyxchange
  • selamat tahun baru
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Selangor

KUALA LUMPUR, 15 JANUARI 2020 - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Program Town Hall AADK 2020: Dekriminalisasi Pengguna Dadah semalam bertempat di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dekat sini.

Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor telah diwakili oleh Puan Nurul Nadia binti Sallehuddin bersama empat (4) orang lagi pegawai JBS Negeri Selangor. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan tujuan untuk membincangkan serta menjelaskan kebolehlaksanaan pendekatan dekriminalisasi penagih dadah di Malaysia dari sudut budaya, agama, sosial, ekonomi dan perundangan.

Moderator bagi sesi town hall tersebut adalah Dr. Ridhuan Tee Abdullah dan barisan speaker seramai empat (4) orang iaitu Yang Dihormati CP Dato’ Sri Zulkifli bin Abdullah, Ketua Pengarah AADK, Yang Dihormati CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik, Poilid DiRaja Malaysia (PDRM), Dato’Mangsor bin Ismail, Ahli Exco Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dan Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Geshina Ayu binti Mat Saat, Pakar Kriminologi dan Psikologi, Universiti Sains Malaysia (USM).

Disediakan oleh : Nurul Nadia binti Sallehuddin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda

IMG 20200115 WA0005
Rabu, 15 Januari 2020 10:11

MAJLIS APRESIASI BULAN SUKAN NEGARA 2019

GOPENG, 15 JANUARI 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor telah menghadiri Majlis Apresiasi Bulan Sukan Negara 2019 pada 11 Januari 2020 (Sabtu) bertempat di Murni Camp, Gopeng Perak.  Majlis ini dilaksanakan bertujuan bagi mengiktiraf, menghargai dan memperingati yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua kakitangan yang terlibat dalam Bulan Sukan Negara Tahun 2019. Tema Batik dan Pelikat telah dipilih bagi menceriakan majlis tersebut.

Disediakan oleh : Muhammad Faiz bin Amir, PBSD Kuala Selangor

MAJLIS APRESIASI BULAN SUKAN NEGARA 2019
GOPENG, 15 JANUARI 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor telah menghadiri Bengkel Post Mortem Bulan Sukan Negara (BSN) 2019 pada 11 Januari 2020 (Sabtu) bertempat di Murni Camp, Gopeng, Perak. Tujuan Bengkel Post Mortem dilaksanakan bagi memastikan Program BSN ini terus mencapai objektif perlaksanaan dan mendapatkan maklum balas daripada setiap Jawatankuasa yang dilantik diperingkat Negeri dan Daerah bagi tujuan penambahbaikan BSN pada tahun akan datang.

Disediakan oleh : Muhammad Faiz bin Amir, PBSD Kuala Selangor

BENGKEL POST MORTEM BULAN SUKAN NEGARA 2019
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction