faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • eyxchange
  • selamat tahun baru
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Selangor

SABAK BERNAM, 15 JANUARI 2020 - Satu lawatan ke Gelanggang Futsal 1 Malaysia di Kawasan Sabak Bernam telah diadakan semalam bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam telah turun padang untuk meneliti dengan lebih dekat Gelanggang Sukan Pelbagai Guna milik Kementerian Belia dan Sukan sebelum dilupuskan dan diserahkan secara serah milik kepada pemilik tanah Gelanggang Futsal 1 Malaysia.

Berdasarkan pada rekod ianya dibina pada RMK-9 DAN RMK-10 pada tahun 2010 di atas tanah milik persendirian. Justeru itu, proses pengumpulan data dan dokumen berkaitan gelanggang dan pemilikan tanah sedang berlangsung dan menunggu makluman Pengurusan Tertinggi KBS untuk dilupuskan secara serah milik tanpa pembaikian kepada pemilik tanah. Turut sama dalam lawatan tersebut Penolong Pegawai Belia dan Sukan daerah Sabak Bernam, Puan Rozanah binti Adnan.
 
Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam

LAWATAN KE GELANGGANG FUTSAL 1 MALAYSIA SABAK BERNAM
Rabu, 15 Januari 2020 10:16

SABAK BERNAM HADIR KE KEM MURNI, GOPENG

GOPENG, 15 JANUARI 2020 – Satu bengkel Post Morterm Bulan Sukan Negara 2019 dan Team Building Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah diadakan pada 11 hingga 12 Januari 2020 bertempat di Murni Camp, Gopeng, Perak. Bengkel Post Morterm Bulan Sukan Negara 2019 dan Team Building ini melibatkan seluruh kakitangan Jabatan belia dan Sukan Negeri Selangor seramai tiga (3) orang pegawai dan kakitangan daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam turut hadir dalam bengkel tersebut. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi mendapatkan maklum balas daripada setiap Jawatankuasa yang dilantik dalam pelaksanaan BSN bagi tahun 2019 dan bagi mengukuhkan semangat bekerja secara berpasukan selain dapat mengeratkan ikatan silaturahim diantara pegawai dan kakitangan melalui Team Building. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Flying Fox, Management Game dan River Tubing.
 
Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam

SABAK BERNAM HADIR KE KEM MURNI GOPENG
KUALA SELANGOR, 15 JANUARI 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor telah menghadiri Program Turun Padang Ke Arah Kemakmuran Bersama (KKB) anjuran Institut Koperasi Malaysia bertempat di De Palma Hotel, Kuala Selangor. Program ini merupakan inisiatif IKM untuk bertemu dengan koperasi, pada masa yang sama memberi penerangan tentang program pembangunan modal insan yang dianjurkan oleh IKM bagi tahun 2020. Objektif utama program ini adalah untuk memberi informasi kepada koperasi dalam merebut peluang tahun 2020 daripada segi latihan, perniagaan dan ekonomi serta maklumat mengenai bantuan dan sokongan oleh agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dalam menjayakan Dasar Keusahawan Nasinal (DKN) 2030.

Disediakan oleh : Muhammad Faiz bin Amir, PBSD Kuala Selangor

PROGRAM TURUN PADANG KE ARAH KEMAKMURAN BERSAMA KKB ANJURAN
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction