faq    hubungi   maklumbalas   peta
  • eyxchange
  • selamat tahun baru
  • YOUTH ENTREPRENEURIAL NETWORK (YEN)
  • PANDUAN PENGGUNAAN LOGA KBS
  • make a difference
  • Jom Like and Share
  • YData @IYRES
  • Pelan Strategik

Pentadbir JBS Selangor

Jumaat, 17 Januari 2020 14:57

WE ARE ‘KAMPUNG PEOPLE’

GOPENG, 17 JANUARI 2020 – Bertemakan “batik dan pelikat”, para pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor diraikan dalam Majlis Apresiasi Bulan Sukan Negara 2019. Majlis makan malam ini diadakan bagi menghargai jasa dan bakti semua yang terlibat dalam melaksanakan BSN’19 di Peringkat Negeri dan Daerah. Selain dihidangkan dengan pelbagai menu menarik, terdapat juga aktiviti sampingan antaranya pertandingan karaoke, cabutan bertuah, kuiz serta pertabalan “King & Queen of The Night”. Takhta King menjadi milik Encik Eruan Mat Kasa manakala Queen milik Puan Ruzalin Mohd Noh.

Disediakan oleh : Noor Faizah binti Jaafar Shah, Bahagian Pembangunan Belia
Disunting oleh : Norsuzila Ernie binti Zinuddin, Bahagian Pembangunan Belia

WE ARE KAMPUNG PEOPLE
PUTRAJAYA, 15 JANUARI 2020 - Encik Sazali bin Abdullah Samad, Pegawai Cawangan Pembangunan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor merupakan Naib Yang Dipertua, Kesatuan Penolong Pegawai dan Pembantu Belia dan Sukan Semenanjung Malaysia telah hadir ke Amanat 2020 dan Taklimat Penstrukturan Semula Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) oleh Pemangku Ketua Pengarah yang berlangsung semalam bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pembangunan Sukan, Aras 13, Menara KBS dekat sini.

Melalui perjumpaan tersebut, telah tercetus beberapa idea dan perancangan bagi Tahun 2020 yang lebih menarik perhatian dan bermanfaat.

Disediakan oleh : Nurul Nadia binti Sallehuddin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda

IMG 20200114 WA0067
SHAH ALAM, 15 JANUARI 2020 – Sedang berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor Bil. 01/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Yang Berusaha Encik Sabran bin Abd Bahar. Ahli Mesyuarat pula terdiri daripada pegawai-pegawai dari daerah di Selangor serta urusetia diperingkat Jabatan. Mesyuarat tersebut adalah membincangkan mengenai sebarang isu dan permasalahan. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut Pegawai Belia dan Sukan daerah Sabak Bernam, Puan Mardekhah binti Mohamad Zam.
 
Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam

PBSD SABAK BERNAM HADIR MESYUARAT JAWATANKUASA ANTI RASUAH
                            
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction